Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Tahun 2024
Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan untuk makluman anda semua di luar sana.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan
Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan insiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan.
Bagi Tahun 2024, Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah melalui atas talian (secara online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan.
Permohonan Bantuan Sara Hidup Tahun 2024 ini kini dibuka dan boleh dibuat dengan kadar yang segera.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukakan); atau
- Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (sila kemukakan sijil tamat berhenti Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah).
- Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja; dan
- Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa sahaja; dan
- Terbuka kepada pemohon Semester 1 hingga tamat Pengajian (Semester Akhir).
- Ibu bapa yang mendaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak memohon BSH (pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.00 bagi golongan B40).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun 2024 kini dibuka dan permohonan boleh dibuat pada Borang Permohonan seperti pada pautan berikut:
>>>Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Tahun 2024<<<
- Borang Pengesahan Pemastautin Negeri Sembilan (Borang YNS 1/B) perlu dimuat turun, dilengkapkan dan disahkan oleh Adun, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Taman Perumahan.
- Borang Pengesahan Belajar (Borang YNS 2/A) perlu dimuat turun, dilengkapkan dan disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti / Politeknik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen yang wajib untuk dimuat naik bersama-sama Borang Permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Borang Pemastautin Negeri Sembilan – Borang YNS 1/B.
- Surat Pengesahan Belajar – Borang YNS 2/A.
- Surat Tawaran Belajar.
- Akaun Bank / Slip Bank (Muka Hadapan Sahaja).
- Sijil Berhenti Sekolah Rendah (Tahun 6) DAN Sekolah Menengah (Tingkatan 5) – Perlu 6 tahun jika pemohon bukan lahir di Negeri Sembilan. Pemohon yang lahir di Negeri Sembilan (05/59/31) tidak perlu bagi sijil ini.
- Penyata Gaji (Perlu Cop Majikan) / Surat Pengesahan Pendapatan Bapa.
- Penyata Gaji (Perlu Cop Majikan) / Surat Pengesahan Pendapatan Ibu.
- Penyata Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Ibu / Bapa daripada LHDN.
- Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Ada) – [E-Bantuan JKM Bantuan Kebajikan – Jabatan Kebajikan Masyarakat ATAU Skim Bantuan Baitulmal – Baitulmal ATAU Skim Bantuan Zakat – Pusat Zakat].
- Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Ibu Bapa Bercerai Sahaja).
Pemohon boleh merujuk Manual Contoh Dokumen Yang Wajib Dimuat Naik Pada Borang Permohonan jika masih tidak memahami mengenai dokumen yang perlu dimuat naik.
Pihak Yayasan Negeri Sembilan tidak akan memproses permohonan jika tidak melampirkan dokumen-dokumen di atas.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Negeri Sembilan – Bantuan Sara Hidup.
Selain itu, terdapat juga biasiswa dan bantuan pendidikan lain seperti
- Biasiswa Future Leaders Tahun 2024,
- Biasiswa Maxis Tahun 2024,
- Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Tahun 2024,
- Biasiswa PAM Agrow Tahun 2024,
- Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2024,
yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!