Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 merupakan sebuah inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 bagi membantu rakyat yang layak dan memerlukan. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini. Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Isi Kandungan

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperkenalkan sebagai

  • bantuan bakul makanan; dan
  • baucar untuk barangan makanan asas berjumlah RM600.

Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Bantuan ini dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar sahaja dengan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau STR Tambahan berjumlah RM600.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih.
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Cara Semakan Kelayakan

Cara semakan status kelayakan di portal Mykasih adalah seperti berikut:

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-).
  3. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  4. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Cara Memohon

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan melalui pengkreditan terus ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak.

Dengan menggunakan Kad Pengenalan, penerima yang memenuhi syarat akan menerima kredit dalam akaun mereka yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan di pasaraya terpilih.

Pelaksanaan terperinci mengenai cara pengedaran bantuan ini akan dikemaskini di laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari semasa ke semasa.

Tarikh Penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023 seperti ketetapan di bawah:

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini, sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) DISINI.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More