Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan TAPEM 2023 Sebanyak RM1,000 Secara One-Off

Bantuan TAPEM 2023 adalah merupakan Insentif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dengan kadar sebanyak RM1,000.

Justeru, anak-anak Melaka yang mendapat Ijazah Kelas Pertama bagi Graduan Lepasan IPTA Dalam Negara tahun 2023 layak mendapat insentif RM1,000 seorang.

Isi Kandungan

Apakah Bantuan TAPEM?

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000.

Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.

TAPEM berfungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman seperti:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
    • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM.
    • Pinjaman ini terbuka kepada “ANAK NEGERI MELAKA” Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
    • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
    • Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Melaka merangkumi Biasiswa Biasa dan Biasiswa Asnaf.
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
    • Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa baucar bagi pembelian bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Oleh itu, bantuan RM1,000 ini juga adalah salah satu insentif Bantuan TAPEM 2023 bagi memberi penghargaan atas kejayaan anak-anak Melaka yang telah berjaya mendapatkan Ijazah Kelas Pertama bagi Graduan Lepasan IPTA Dalam Negara bagi tahun 2023.

Bantuan TAPEM 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka.
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka.
  3. Bermastautin di Negeri Melaka.
  4. Telah tamat pengajian ijazah di IPTA dalam negara (Bergraduasi pada tahun 2023).
  5. Pemohon / ibu atau bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan sekiranya bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta lampirkan 1 salinan sijil berhenti sekolah rendah dan sekolah menengah yang disahkan oleh pegawai kerajaan (Gred 41 ke atas) / ADUN Kawasan / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Pengerusi JPKK / Sidang.
  6. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak tayak dipertimbangkan.
  7. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.

Cara Memohon Bantuan TAPEM 2023 

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan TAPEM 2023 ini boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat TAPEM untuk mendapatkan Borang Permohonan.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama:

  1. Transkrip.
  2. Sijil Ijazah Kelas Pertama.

Permohonan insentif ini dibuka mulai Januari hingga Disember 2023 dan pemohon graduasi tahun 2023 sahaja yang layak memohon.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan TAPEM 2023 ini, sila rujuk Media Sosial Rasmi TAPEM DISINI.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More