Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Tunai RM300 Mula Dikreditkan Pada 25 September 2023

Bantuan Tunai RM300 adalah sebuah Bantuan Khas Penghargaan (BKP) untuk semua penjawat awam di Negeri Sabah.

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah Bantuan Tunai RM300 yang dikenali sebagai Bantuan Khas Penghargaan (BKP) ini.

Isi Kandungan

Bantuan Tunai RM300

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar sebanyak RM300.

Untuk makluman, bantuan tunai ini diberikan kepada semua penjawat awam Negeri berkenaan termasuklah para

  • pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS);
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 ini turut dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Selain itu, pegawai lantikan politik yang berkhidmat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat dan Pegawai Kerajaan lantikan vot terbuka juga turut dipanjangkan.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri ini tidak diberikan kepada:

  • pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023;
  • pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023;
  • pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023; dan
  • pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraannya.

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri ini sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Dalam perkembangan sama, dimaklumkan bahawa para Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa atau bersara atas sebab kesihatan, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen pada atau sebelum 10 Ogos 2023 telah dibayar Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM200 oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 Ogos 2023 lalu.

Pesara yang dilantik semula secara Contract of Service (COS) atau secara sementara dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 layak dibayar Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat pada 25 September 2023.

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang meninggal dunia pada 10 Ogos 2023 juga layak diberi Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri. BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023.

Bantuan Tunai RM300

Kredit Sumber: SABAH MEDIA

Tarikh Pembayaran Bantuan Tunai RM300

  • Tarikh pembayaran Bantuan Tunai RM300 atau Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri ini kepada Penjawat Awam Negeri yang masih berkhidmat adalah bermula pada 25 September 2023 dan secara kredit terus ke akaun penerima.
  • Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai RM300 ini, anda boleh merujuk Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.9/ 2023 Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Negeri.

Diharapkan info tentang Bantuan Tunai RM300 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya Penjawat Awam Negeri Sabah.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More