Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Baucar Buku MADANI 2025: Syarat Kelayakan & Kaedah Penebusan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pengagihan Baucar Buku MADANI 2025 untuk pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bermula 28 Ogos 2025.

Isi Kandungan

Inisiatif Pemberian Baucar Buku MADANI 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada para pelajar IPT sebagaimana telah dilaksanakan pada tahun lalu.

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula 28 Ogos 2025 sehingga 12 Disember 2025 dan dijangka memanfaatkan seramai 500,000 orang pelajar IPT di bawah KPT, merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar, meringankan beban kewangan pelajar dan bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca di kalangan generasi muda, terutama golongan mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.

KPT berharap agar semua pelajar berkelayakan dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus utama Kementerian untuk melahirkan bakat terbaik negara.

Baucar Buku MADANI 2025: Syarat Kelayakan & Kaedah Penebusan 1
Baucar Buku MADANI 2025: Syarat Kelayakan & Kaedah Penebusan 2

Syarat Kelayakan Penebusan Baucar Buku MADANI 2025

Kelayakan untuk membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.
  • Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025.
  • Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Selepas Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional.
  • Mod pengajian separuh dan sepenuh masa.

Kaedah Penebusan Baucar Buku MADANI

Langkah-langkah untuk membuat penebusan adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan di portal MySISWAPLACE.
  2. Kod baucar akan dijana sekiranya anda layak.
  3. Pembelian buku boleh dibuat. Hanya sah menggunakannya untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja.
  4. Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100 sahaja.
  5. Tempoh penebusan dan pembelian menggunakan Baucar Buku MADANI 2025 ini bermula pada 28 Ogos 2025 sehingga 12 Disember 2025 dan baucar yang telah ditebus, sah laku pembelian hanya dalam tempoh 7 hari sahaja.
  6. Lebih 1 juta pilihan judul bahan bacaan fizikal dan e-book melalui lebih 250 rakan niaga.
  7. Baucar boleh digunakan oleh semua pelajar yang layak untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Baucar Buku MADANI ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Perkasa Siswa : MySiswaPlace atau facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More