Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bawa bekas sendiri beli juadah di bazar Ramadan

Bekas Sendiri Perlu Dibawa Bagi Pembelian Juadah

bawa

Orang ramai digalak membudayakan amalan membawa bekas makanan dan minuman sendiri serta beg yang boleh digunakan semula, setiap kali mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin, berkata budaya membawa bekas sendiri dan beg kitar semula ke bazar Ramadan ialah antara elemen dalam kempen kesedaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dengan matlamat mengurangkan sisa yang dijana, termasuk sisa plastik.

“Peningkatan sisa plastik bungkusan makanan ketika Ramadan dikhuatiri akan membawa kepada pencemaran alam sekitar secara berterusan.

“Sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan budaya baharu, iaitu ‘tapau’ juadah berbuka puasa dengan menggunakan bekas sendiri seperti mangkuk tingkat, ‘Tupperware ‘ dan beg kitar semula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Norlisam berkata, SWM Environment menyeru masyarakat agar lebih menghargai makanan dengan hanya membeli juadah berbuka puasa mengikut keperluan.

Selain itu, masyarakat dinasihatkan tidak terus membuang makanan lebihan, sebaliknya memberikannya kepada pihak yang memerlukan.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More