Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Belanjawan Madani 2024: Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam sebanyak RM2000 akan dibayar pada Februari 2024 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika perbentangan Belanjawan Madani 2024 pada Jumaat baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah dinaikkan sejak dua tahun yang lalu, namun tidak dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Jelasnya, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut termasuk mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu.

“Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA, saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Padahal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sedikit kena naik sebab inflasi itu naik juga sedikit,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Geopark Discovery Centre, Langkawi pada 11 Ogos 2023 yang lalu.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

Isi Kandungan

Belanjawan Madani 2024: Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 

Antara intipati Belanjawan Madani 2024 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam sebanyak RM2000, dibayar akhir Februari 2024.

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam sebanyak RM1000 pula akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam.

Seterusnya, Insentif RM1000 sebagai Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam juga akan diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam

Cadangan CUEPACS, Menaikkan Gaji Penjawat Awam Sebanyak RM300

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Ini antara permohonan yang sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Diharapkan Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik. Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

Skim pencen menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai bebanan kepada kerajaan, justeru tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dicadang untuk dimansuhkan.

Semoga Belanjawan Madani 2024 menjadi peristiwa penting mengiktiraf sumbangan dan menyantuni harapan semua penjawat awam dengan menyediakan buah tangan sewajarnya sebagai suntikan semangat dan motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan, rakyat dan negara.

Walaupun berhadapan pelbagai kekangan, kerajaan perlu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan dan harapan penjawat awam dalam belanjawan pada kali ini.

Kredit Sumber: Berita Harian

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam ini, anda boleh ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM dibawah.

Diharapkan info terkini tentang Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua penjawat awam di Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More