Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Semakan Bayaran STR Fasa 2

Bayaran STR Fasa 2 telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

  • Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3100.
  • Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100.
  • STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Berikut admin kongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.

Isi Kandungan

Bayaran STR Fasa 2

Bayaran STR Fasa 1 telah disalurkan pada 17 Januari 2023, dan rata-rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah bayaran STR Fasa 2 pula akan disalurkan kepada penerima.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023,

  • Perdana Menteri mengumumkan bahawa isi rumah berpendapatan kurang RM2500 layak menerima sumbangan sehingga RM2500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Sebarang maklumat lanjut tentang Bayaran STR Fasa 2 boleh disemak DISINI dari masa ke semasa.

Bayaran STR Fasa 2

Tarikh Jangkaan Bayaran STR Fasa 2

  • Bayaran STR Fasa 1 telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023.
  • Bagi Fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
  • Mengikut Portal Belanjawan yang dikemaskini pada 24 Februari 2023, tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah pada bulan April 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Terdapat 2 kategori penerima STR iaitu:

  • Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Bujang

Jumlah bayaran STR Fasa 2 telah dikemaskini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah (KIR)

Pendapatan bulanan RM2500 ke bawah : RM200

atau

Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Bujang

  1. Bujang 21-59 Tahun
  2. Bujang OKU 19-59 Tahun
  3. Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas
 

Pendapatan bulanan RM2500 ke bawah : RM100

Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

<<<SEMAKAN STR<<<

Sila rujuk panduan di bawah untuk membuat semakan:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Jika anda lupa Kata Laluan STR, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
  • Layari laman web STR di pautan
  • Klik “Terlupa Kata Laluan”
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan Kata Laluan yang baharu dan pengesahan Kata Laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
  • Sekiranya terlupa Kata Laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MySTR . Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan Kata Laluan seperti dalam Portal BKM terdahulu. Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

SUMBER YOUTUBE: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More