Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bazar Ramadan Kelantan Dibatalkan

Isi Kandungan

Bazaar Ramadhan Dibatalkan Negeri Kelantan

Kota Bharu: Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid-19 di negeri itu mencatatkan peningkatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook hari ini.

Dr Izani berkata, Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

Semalam, Covid-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Pada masa sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.

ramadan

Hasil Mesyuarat

Mesyuarat JKKN

  • Pembentangan oleh Pengarah Kesihatan Negeri menunjukkan kes positif meningkat sebanyak 455 kes dalam masa 3 hari.
  • Berkemugkinan disebabkan perantau anak kelantan pulang menjelang bulan ramadhan dan cuti sekolah.
  • Turut menyumbang, penganjuran majlis-majlis keramaian dan kesedaran masyarakat kepada pematuhan SOP yang masih rendah.
  • Dipersetujui untuk pengisytiharaan PKP di seluruh Negeri Kelantan mulai 14 Apr 21 sehingga 21 Apr 21.
  • Bazar Ramadhan juga hanya dibenarkan untuk pembelian secara online dan menggunakan runner sepanjang PKP.

MPKB – Pembatalan Madinah Ramadhan

Sumber Harian Metro dan Majlis Perbandaran Kota Bharu

Artikel lain: Pengangguran dan Gaji Rendah Sementara

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More