Bahan Pendidikan Untuk Semua

Belajar dari rumah guna FrogPlay Mobile

Bagi mengisi masa lapang dan melakukan aktiviti berfaedah di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan akibat koronavirus (Covid-19), Yayasan YTL menawarkan Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Initiative.

Bagi melaksanakan hasrat itu, Yayasan YTL telah bekerjasama dengan YTL Communications dan FrogAsia bagi memastikan anak-anak Malaysia tidak ketinggalan akibat penutupan sekolah dan boleh meneruskan pembelajaran di rumah tanpa bebanan kos tambahan ke atas keluarga mereka.

Mulai hari ini, mereka boleh mengakses FrogPlay Mobile iaitu sebuah aplikasi mudah alih berbentuk permainan yang mengandungi pelbagai kuiz ulang kaji untuk semua mata pelajaran teras yang diajar di sekolah daripada Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima yang disusun khas oleh Pelangi, sebuah syarikat penerbitan buku pendidikan yang diyakini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan YTL dan Pengerusi Yayasan YTL, Tan Sri Dr Francis Yeoh berkata, bagi menyediakan akses dalam talian, ibu bapa boleh mendapatkan sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, satu untuk setiap anak yang masih belajar dalam keluarga berkenaan.

Menurutnya, setiap SIM didatangkan dengan pelan data 40GB yang sah untuk tempoh 60 hari selepas diaktifkan dan ia akan dihantar ke rumah secara percuma.

“Sebagai sebuah syarikat yang telah menerajui penggunaan teknologi dalam pendidikan sejak 2011, Kumpulan YTL yakin pembelajaran dalam talian boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih memberangsangkan dan menarik untuk pelajar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Francis berkata, Yayasan YTL sentiasa berusaha membantu pelajar dan sekolah bagi menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada semua dan mahu memastikan kanak-kanak dapat meneruskan pembelajaran mereka di rumah.

“Oleh itu, kami memberikan akses percuma untuk sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G.

“Harapan kami semoga semua kanak-kanak di Malaysia akan kekal selamat dan pada masa yang sama dapat meneruskan pembelajaran,” katanya.

Sila kunjungi www.ytlfoundation.org/learn untuk mendaftar FrogPlay Mobile dan memohon kad SIM prabayar YES 4G. Terdapat juga sumber-sumber pelajaran tambahan lain boleh didapati di halaman Learn From Home dalam laman sesawang Yayasan YTL.

Laman web frogPlay : www.frogplay.my

Panduan penggunaan frogplay ini :  Tutorial frogplay

Semoga dengan adanya sistem pembelajaran online ini anak-anak tidak lagi ketinggalan mengulangkaji pelajaran di rumah sambil bermain permainan pembelajaran yang menyeronokkan sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.

#stayathome

#dudukrumah

#frogplaymy

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More