Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Bantuan Kerajaan Belanjawan 2023

Belanjawan 2023 telah dibentangkan dengan tema BELANJAWAN 2023: MEMBANGUN MALAYSIA MADANI. Pembentangan Belanjawan 2023 telah dilangsungkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023. Rentetan itu, terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang telah disebutkan pada Belanjawan tersebut.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan untuk rakyat-rakyat yang memerlukan khususnya kepada rakyat yang miskin tegar dan daripada golongan B40. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan yang terlibat.

Isi Kandungan

Belanjawan 2023

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM386.1 bilion, dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM289.1 bilion dan RM99 bilion untuk pembangunan. Belanjawan yang disemak semula ini RM15.8 bilion lebih tinggi daripada bajet RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob. Antara pecahan peruntukan yang dibentangkan bagi pembangunan dan subsidi adalah seperti yang berikut:

Pembangunan

  • RM2.7 bilion untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan.
  • Kerajaan akan menggunakan khidmat jurutera daerah untuk menyegerakan penurapan jalan persekutuan.
  • RM525 juta untuk menambah baik jaringan lebuh raya di Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway dan menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara.
  • RM480 juta untuk membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands.
  • RM50 juta untuk memasang lampu jalan di kawasan berkemalangan tinggi.

Subsidi

  • RM64 bilion diperuntukkan untuk subsidi, bantuan serta insentif.
  • RM8 bilion untuk sumbangan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini akan memanfaatkan 8.7 juta orang. Keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga RM3,100.
  • RM1.6 bilion untuk subsidi bagi penanam padi.
    RM228 juta diperuntukkan untuk pesawah padi yang akan menerima sumbangan tunai RM600.
  • Dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun menerima bantuan kredit e-tunai Belia Rahmah berjumlah RM200. Ia membabitkan RM400 juta peruntukan.

Belanjawan 2023

Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Belanjawan 2023

Ini adalah antara bantuan-bantuan Kerajaan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan B40 dan M40.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Pada Januari 2023, Kerajaan telah menyalurkan STR kepada golongan B40 bagi Fasa 1.
  • Melalui Belanjawan 2023, beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan,
    mendapat manfaat daripada STR.
  • Antaranya adalah Isi Rumah berpendapatan kurang RM2500 layak menerima STR sehingga RM2500 bergantung kepada bilangan anak.

Sumbangan Tambahan RM600

  • Kerajaan turut akan memberikan sumbangan tambahan sebanyak RM600 kepada isi rumah penerima
    STR termiskin mengikut data eKasih.
  • Sumbangan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

E-Tunai Belia Rahmah RM200

  • Golongan belia juga tidak dilupakan
    kerana Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia yang berusia 18 hingga 20 tahun.

Sumbangan Musim Tengkujuh (SMT)

  • Kerajaan turut bersetuju menaikkan Sumbangan Musim Tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 bagi tempoh empat bulan.
  • Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan sebanyak RM256 juta.

Kenaikan Elaun Dan Sumbangan Khas

  • Kerajaan akan menaikkan elaun bagi 35 ribu guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1100 dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta ringgit.
  • Selain itu, Sumbangan Khas RM600 juga diberikan kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

SUMBER YOUTUBE: MOF Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut berkenaan Belanjawan 2023, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda mendapatkan info yang sahih dan tepat. Selain itu, pelancar carian bagi membantu anda untuk mengetahui bantuan Belanjawan 2023 yang bersesuaian dan menghubungkan anda ke agensi berkenaan bagi permohonan bantuan Belanjawan 2023 telah diperkenalkan dan anda boleh TEKAN DISINI.

Apakah Belanjawan 2023 Ini Membantu Anda Sebagai Rakyat Malaysia?

Peruntukan bagi Belanjawan 2023 ialah sebanyak RM386.14 bilion dimana ianya lebih RM13.84 bilion daripada Belanjawan 2023 yang dibentang Oktober lalu dan lebih RM54.05 bilion daripada Belanjawan 2022 serta tidak termasuk RM2 billion simpanan luar jangka. Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur kerana banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan kepada golongan yang memerlukan bagi membantu mereka mendapatkan bantuan kewangan khususnya untuk melangsungkan kehidupan. Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More