Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Penuh Intipati Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023 yang lalu.

Perbentangan Bajet 2024 diawalkan seminggu walaupun pada kebiasaannya, Bajet akan dibentangkan pada hari Jumaat, minggu ketiga bulan Oktober.

Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tidak ada masalah tarikh pembentangan Belanjawan 2024 diawalkan kerana tempoh itu tidak jauh beza.

Isi Kandungan

Senarai Penuh Intipati Belanjawan 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”.

Berikut dikongsikan butiran dan intipati pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 tersebut.

  1. Kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos tahun ini
  2. Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus – PM Anwar
  3. Kerajaan jangka pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus – PM Anwar
  4. Bagi tahun 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion ketimbang RM291.5 billion
  5. Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksaan pembaharuan Ekonomi Madani
  6. Defisit fiscal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022
  7. Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024
  8. Peruntukan untuk Kementerian Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan secara kolektif merangkumi 42.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan Belanjawan 2024
  9. Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM52.8 bilion
  10. Sektor sosial diperuntukkan RM149.7 bilion atau 7.6 peratus daripada KDNK, diikuti ekonomi RM66.7 bilion, keselamatan RM40.1 bilion dan pentadbiran am RM16.9 bilion
  11. Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun depan
  12. Sektor pembuatan diunjur berkembang sebanyak 4.2 peratus pada 2024 didorong prestasi lebih baik dalam industri berorientasikan eksport dan domestik
  13. Kadar inflasi diunjur berada antara 2.1 hingga 3.6 peratus pada tahun depan
  14. Eksport kasar diunjur meningkat 5.1 peratus manakala import kasar berkembang 4.9 peratus pada 2024
  15. Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion daripada PNK
  16. Permintaan domestik diunjur berkembang sebanyak 5.3 peratus pada 2024
  17. Kadar pengangguran pada 2024 dijangka kembali ke paras sebelum pandemik pada 3.4 peratus
  18. Hasil kerajaan Persekutuan pada 2024 dijangka mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion didorong oleh kutipan cukai lebih tinggi
  19. Cukai pendapatan petroleum dijangka berjumlah RM21.7 bilion berikutan purata harga minyak mentah yang stabil pada paras US$85 setong
  20. Harga MSM diunjur berada pada jajaran antara RM4,000 hingga RM4,500 setan metrik pada 2024

Belanjawan 2024

Belanjawan 2024

Sumber: Facebook (PMO Malaysia) Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Rumusan Ringkas Belanjawan 2024

Sila rujuk infografik keseluruhan rumusan ringkas intipati Belanjawan 2024 di bawah mengikut kategori.

Belanjawan 2024
Belanjawan 2024
Belanjawan 2024
Belanjawan 2024
Belanjawan 2024
Belanjawan 2024
Belanjawan 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan melihat senarai penuh intipati Belanjawan 2024, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan senarai penuh intipati ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More