Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BELANJAWAN JOHOR 2021 | RUMAH MESRA RAKYAT

Rumah mesra rakyat untuk dipohon. Sekiranya anda belum mempunyai rumah sendiri dan tidak mampu untuk membeli rumah sendiri, jangan risau kerana Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan di bawah belajawan Johor 2021, anda kini boleh memohon bantuan rumah mesra rakyat bagi tahun 2021.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kategori yang telah ditetapkan untuk pemohon. Anda perlu memastikan anda berada dalam kategori yang layak dan menepati syarat yang telah ditetapkan sebelum melanjutkan permohonan anda kepada pihak berwajib.

Isi Kandungan

KATEGORI PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT JOHOR 2021 :

  1. RM25,000
  • Pendapatan maksimum tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • Kesemua daerah dalam negeri Johor
  1. RM28,000
  • Pendapatan maksimum tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • Hanya di sekitar bandar-bandar kecil atau pekan yang berada dalam daerah Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang dan Muar serta Pontian
  1. RM30,000
  • Pendapatan maksimum tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Hanya di kawasan perbandaran daerah Muar, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Pontian, Segamat dan Kota Tinggi
  1. RM35,000
  • Pendapatan maksimum tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Semua daerah dalam Johor Bahru sahaja
  1. RM50,000
  • Pendapatan maksimum tidak melebihi RM3,500 sebulan
  • Semua daerah dalam negeri Johor sahaja
  1. RM80,000
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,500 maksimum dalam sebulan
  • Semua daerah dalam negeri Johor sahaja

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT JOHOR 2021:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki kad pengenalan yang sah
  3. Bujang dan berkahwin layak memohon
  4. Berumur lebih 18 tahun
  5. Satu permohonan bagi setiap pasangan kecuali mempunyai lebih dari seorang isteri
  6. Pemohon yang telah tinggal di Rumah Kos Rendah melebihi 5 tahun dibenarkan membuat permohonan untuk rumah kedua Rumah Kos Sederhana Rendah dalam kategori 5 atau 6

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan sijil nikah/cerai/kematian
  3. Salinan sijil kelahiran pemohon,pasangan dan anak
  4. Slip gaji 3 bulan terkini yang mempunyai pengesahan majikan bagi yang bekerja, dan jika bekerja sendiri, lampirkan bersama SSM dan akuan sumpah menyatakan pendapatan dan pekerjaan
  5. Akuan sumpah dari pemohon

Borang yang telah lengkap diisi bersama lampiran dokumen yang diminta perlulah dikembalikan kepada pihak seperti alamat di bawah :

Ketua Penolong Setiausaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)

Aras 1&2,Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak

Kota Iskandar, 79503 Nusajaya,Johor Bahru, Johor.

No Tel : 07-2666260/61 No Fax : 07-2661512

Sertakan dengan pembayaran proses sebanyak RM5.00 secara tunai / Postal Order atau Money Order atas nama: KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (BAHAGIAN PERUMAHAN)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >> DI SINI

Sumber : SISTEM GURU ONLINE

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More