Permohonan Biasiswa AIU Bagi Kemasukan Oktober 2025
Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa AIU bagi kemasukan Oktober 2025 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Mengenai Biasiswa AIU
Biasiswa penuh di Albukhary International University (AIU) untuk sesi 2025 kini ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, penginapan, elaun bulanan dan insurans kesihatan.
Yayasan Albukhary menawarkan biasiswa 100% untuk program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan boleh dibuat semasa Hari Terbuka AIU atau secara dalam talian (online).

Kelebihan Biasiswa
Antara kelebihan jika anda terpilih untuk biasiswa ini adalah:
- Elaun bulanan makan minum.
- Yuran pengajian percuma.
- Yuran penginapan percuma.
- Persekitaran pembelajaran antarabangsa.
- Kadar kebolehpasaran graduan 92%.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Biasiswa AIU yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Permohonan adalah terbuka.
- Umur antara 18 hingga 22 tahun.
- Status perkahwinan adalah bujang.
- Pendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan RM 2,400 (Sabah dan Sarawak), RM 5,300 (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya & Wilayah Persekutuan Labuan) atau RM 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang).
- Pemohon mestilah tidak mempunyai ahli keluarga yang telah ditaja oleh Yayasan Albukhary.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa AIU bagi kemasukan Oktober 2025 kini dibuka dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Biasiswa AIU Kemasukan Oktober 2025<<<
Dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil Akademik.
- Slip Gaji / Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga.
- Bil Utiliti.
Setelah memenuhi kriteria akademik dan biasiswa, pemohon akan dipanggil untuk sesi temu duga dan beberapa aspek akan dinilai secara menyeluruh semasa sesi temu duga.
Sila ambil perhatian bahawa AIU berhak sepenuhnya untuk menolak atau menamatkan sebarang permohonan biasiswa yang mengandungi plagiarisme atau maklumat penipuan tanpa notis awal kepada pemohon.
Sila semak tarikh akhir permohonan dan menyediakan semua dokumen sebelum menghantar permohonan anda. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan anda ditolak atau tertangguh dalam pemprosesan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa AIU ini, sila rujuk portal rasmi Albukhary International University.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



