Permohonan Biasiswa BAGUS Scholarship Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa BAGUS bagi tahun 2025 yang kini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Program Biasiswa BAGUS
Program BAGUS, yang terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia, menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perbankan di universiti terkemuka di dalam dan luar negara.
Penerima Biasiswa BAGUS akan mendapat akses kepada pendidikan bertaraf antarabangsa, merangkumi bidang-bidang seperti:
- Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
- Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Analisis Data)
- Pengajian Lain yang Berkaitan dengan Perbankan (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-Undang, Bidang Shariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi dan lain-lain)
Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup serta elaun-elaun lain yang berkaitan.
Selepas berjaya menamatkan program Ijazah Sarjana Muda, penerima biasiswa akan berpeluang untuk bekerja di Bank Pembangunan, dengan komitmen untuk berkhidmat sehingga enam (6) tahun.
Universiti Terpilih Di UK | 1. University of Oxford 2. University of Cambridge 3. Imperial College London 4. University College London (UCL) 5. University of Edinburgh 6. King’s College London 7. London School of Economics and Political Science 8. University of Manchester 9. University of Bristol 10. University of Glasgow 11. University of Birmingham 12. University of Sheffield 13. University of Warwick 14. University of Southampton 15. University of Leeds 16. University of Nottingham 17. Queen Mary University of London 18. University of York 19. Newcastle University 20. University of Liverpool |
Universiti Terpilih Di US | 1. Massachusetts Institute of Technology (MIT) 2. Harvard University 3. Princeton University 4. Stanford University 5. California Institute of Technology 6. University of California, Berkeley 7. Yale University 8. The University of Chicago 9. University of Pennsylvania 10. Johns Hopkins University 11. Columbia University 12. University of California, Los Angeles 13. Cornell University 14. University of Michigan-Ann Arbor 15. Carnegie Mellon University 16. University of Washington 17. Duke University 18. Northwestern University 19. New York University 20. University of California, San Diego |
Universiti Terpilih Di Australia | 1. University of Melbourne 2. Monash University 3. University of Sydney 4. Australian National University 5. The University of Queensland 6. UNSW Sydney 7. University of Adelaide 8. The University of Western Australia 9. University of Technology Sydney 10. Macquarie University |
Universiti Terpilih Di Asia | 1. Peking University, China 2. The University of Hong Kong, Hong Kong 3. National University Singapore (NUS) 4. Nanyang Technological University, Singapore (NTU Singapore) 5. Fudan University, China 6. The Chinese University of Hong Kong (CUHK) 7. Tsinghua University, China 8. Zhejiang University, China 9. Yonsei University, South Korea 10. City University of Hong Kong (CityUHK) |
Universiti Terpilih Di Malaysia | 1. Universiti Malaya (UM) 2. Universiti Sains Malaysia (USM) 3. Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Biasiswa BAGUS 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
- Telah menamatkan program Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana yang berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Minimum 7A dalam SPM atau setaraf. |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level | Minimum 3A |
Diploma / Matrikulasi | Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) Minimum 3.50 |
Matrikulasi Australia | Minimum ATAR 80% |
Program Asasi Amerika | Markah SAT Minimum 1,200 |
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Berupaya menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
- Pemohon tidak boleh menerima sebarang biasiswa atau anugerah daripada organisasi atau yayasan lain.
- Permohonan daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun pertama juga akan dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa BAGUS 2025 kini dibuka sehingga 15 Julai 2025 dan permohonan boleh dibuat pada borang permohonan seperti pada pautan berikut:
>>>Borang Permohonan Biasiswa BAGUS 2025<<<

Sila lengkapkan permohonan dengan butiran anda.
Anda boleh menggunakan keputusan ramalan mulai Mei 2025, tetapi perlu menghantar keputusan rasmi sebaik sahaja diterima.
Calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian dan temu duga.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa BAGUS ini, anda boleh layari laman web rasmi BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!