Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 (BRIGHT)

Berikut adalah info terkini mengenai Program Biasiswa Bank Rakyat 2025 yang kini sedang dibuka, iaitu Inspirasi Bank Rakyat Memacu Bakat Tertinggi (BRIGHT).

Isi Kandungan

Program Biasiswa Bank Rakyat 2025

Program Biasiswa Bank Rakyat: Inspirasi Bank Rakyat Memacu Bakat Tertinggi (BRIGHT) ini adalah dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Objektif biasiswa ini adalah untuk:

  • Memperkasakan pelajar yang kurang bernasib baik untuk menzahirkan potensi mereka dan mewujudkan peluang yang sama untuk mereka, dengan itu menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan peribadi mereka.
  • BRIGHT bertujuan untuk membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah bagi pelajar yang kurang bernasib baik, membolehkan mereka mengakses pendidikan berkualiti dan merealisasikan impian mereka.
  • Berusaha untuk merapatkan jurang antara pendidikan dan pemerkasaan sosio-ekonomi dengan menawarkan pelajar yang kurang bernasib baik akses kepada pendidikan yang luar biasa, yang boleh memperkasakan mereka untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi mereka.

Tarikh permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 kini dibuka bermula 25 April 2025 (Jumaat) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2025 (Isnin).

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 (BRIGHT) 1
Biasiswa Bank Rakyat 2025

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan untuk Biasiswa Bank Rakyat 2025 ini adalah seperti berikut:

  • Asasi Sastera.
  • Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
  • Sarjana Muda Percukaian (Kepujian).
  • Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian).
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian).
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Dan Kewangan Islam) (Kepujian).
  • Sarjana Muda Psikologi (Kepujian).
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian).
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (Kepujian).
  • Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan Program Asasi adalah seperti berikut:

  1. Minimum lima (5) kredit dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan lain yang setaraf dengannya.
  2. Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat SPM diwajibkan bagi bagi program yang tertentu.

Calon akan melalui Program Asasi dahulu selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Seterusnya, calon-calon yang ingin membuat permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

KursusKelayakan
Asasi SasteraLulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum lima (5) kredit; atau
Lulus di O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran; atau
Lulus UEC dengan minimum gred B dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran; atau
Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00 dan kepujian dalam Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Sarjana Muda Percukaian (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00 dan kepujian dalam Matematik dan lulus dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00.
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00.
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Dan Kewangan Islam) (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00.

Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00 dan kepujian dalam Matematik dan Biologi / Fizik / Kimia / Sains Am / Sains Gunaan dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00.
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (Kepujian)Lulus Asasi Sastera.
Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)Lulus Asasi Sastera dengan minimum PNGK 2.50 daripada 4.00.

Maklumat tambahan biasiswa ini adalah seperti berikut:

Syarat KemasukanTempoh PengajianYuran ProgramMaklumat Tambahan
Asasi Dalam SeniPemohon mestilah mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum 5 Kredit.1 TahunDitanggung oleh Bank Rakyat.Biasiswa ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Rakyat. Tiada elaun akan diberikan.
Ijazah Sarjana MudaSekurang-kurangnya Diploma dengan PNGK minimum 2.5 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 2.5 atau Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 2.5 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz STPM.3 TahunDitanggung oleh Bank Rakyat.Biasiswa ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Rakyat. Tiada elaun akan diberikan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 ini kini dibuka bermula 25 April 2025 sehingga 30 Jun 2025 dan permohonan boleh dibuat dengan menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada e-mel berikut:

[email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang).
  • Salinan Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Lima (5) Keping Gambar Berukuran Pasport.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2025 ini, sila rujuk laman media sosial Bank Rakyat Malaysia atau laman web rasmi Bank Rakyat.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More