Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Heriot Watt’s Women in Science and Engineering

Isi Kandungan

Biasiswa Heriot-Watt’s Women in Science and Engineering (WISE) Scholarship

Heriot-Watt adalah merupakan institusi yang pertama di Scotland memasukkan kaum wanita ke dalam program STEM. Sejak ditubuhkan di Malaysia, Heriot Watt telah membuka peluang kepada para wanita di serantau ASEAN untuk mendapatkan akses kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di bidang Kejuruteraan dan Sains.

Universiti ini berkomitmen untuk memperluas akses, dan mengurangkan jurang jantina dalam bidang ini. Dengan itu, institut telah mengembangkan biasiswa ini terutama untuk gadis-gadis yang ingin melanjutkan kerjaya dalam Kejuruteraan dan Sains.

biasiswa

Permohonan Biasiswa WISE

Permohonan bagi biasiswa ini dibuka mengikut jadual dibawah:

  • 22 Mac 2021 = Bagi Pengambilan April
  • 28 Jun 2021 = Bagi Pengambilan Julai
  • 30 Julai 2021 = Bagi Pengambilan September

Kelayakan Permohonan Biasiswa WISE

Antara kelayakan yang ditentukan oleh Heriot Watt adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Wanita sahaja
  • Mempunyai kelayakan akademik seperti dibawah:
    • Undergraduate
      • HWUM Foundation Award ‘A’ average
      • A levels ABB
      • STPM ABB
      • IB 30 pts
      • CPU 80%
      • ATAR 80%
    • Foundation
      • SPM 7A keatas
      • IGCSE 7A keatas
  • Bidang tertentu seperti:
    • Kejuruteraan Awam
    • Kejuruteraan Kimia
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Elektrikal / Elektronik
    • Pengurusan Projek Pembinaan
    • Quantity Surveying
    • Actuarial Science
    • Statistical Data Science
    • Psikologi
    • Psikologi & Pengurusan

biasiswa

Cara Memohon Biasiswa WISE

Anda boleh memohon secara dalam talian untuk program ini kecuali program MBA. Buka akaun Heriot Watt untuk isi borang permohonan dengan maklumat yang betul. Disarankan berbuat dengan maklumat tepat dan benar.

Muat naik segala dokumen tambahan seperti sijil akademik, transkrip, kad pengenalan, dan juga gambar passport.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat yang terperinci, anda boleh hubungi dengan;

  • No. telefon = 03 8894 3888 (Pejabat)
  • No. telefon = 012 651 2599 (Whatsapp)

atau pergi ke lokasi Heriot Watt University Malaysia

No.1 Jalan Venna P5/2, Precint 5, 62200, Putrajaya

Artikel lain: Permohonan MyBrainSc, Lesen Khas Perniagaan Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More