Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hebahan Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026

Semakan Keputusan UPUOnline 2025 bagi calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah diputuskan untuk diumumkan pada ketetapan berikut.

Isi Kandungan

Semakan Keputusan UPUOnline 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan STPM akan diumumkan pada 5 September 2025 (Jumaat).

Pemohon boleh membuat Semakan Keputusan UPUOnline 2025 melalui pautan-pautan semakan seperti berikut:

Selain membuat Semakan Keputusan UPUOnline 2025 melalui laman web universiti, pemohon juga boleh menggunakan Aplikasi Mobile UPUPOCKET di telefon pintar.

Jika anda menggunakan pautan universiti, pilih pautan yang anda mohon. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

Log masuk dan semak keputusan yang tertera.

Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang telah ditetapkan.

Hebahan Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026 1

Pengesahan Setuju Terima / Tolak Tawaran

Pengesahan persetujuan menerima tawaran atau tidak boleh dibuat mulai 6 September 2025 sehingga 14 September 2025 melalui laman web UA masing-masing.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya bermula 6 September 2025, iaitu selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Hebahan Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026 2

Permohonan Rayuan

Pertimbangan bagi permohonan rayuan hanya akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan tempat dalam program pengajian yang ditawarkan selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA menerusi Laman Rasmi BKPA, JPT dalam tempoh 10 hari bermula 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah TIDAK DIBENARKAN dan tidak akan dipertimbangkan.

Hebahan Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026 3

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan UPUOnline 2025 ini, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More