Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan biasiswa MyBrainSc Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa MyBrainSc

Biasiswa MyBrain Sc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana dan PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu

  • Fizik,
  • Kimia,
  • Biologi, dan
  • Matematik

di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Terkemuka Luar Negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Objektif program ini adalah untuk

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA.
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Permohonan biasiswa MyBrainSc bagi tahun 2024 ini kini dibuka secara atas talian (online) mulai 20 Mac 2024 hingga 19 April 2024.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2024 1
Biasiswa MyBrainSc

Bidang Pengajian

Bidang-bidang pengajian yang terbuka untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik
Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2024 2

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2024

Syarat-syarat permohonan biasiswa ini adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

Ijazah Pertama1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 21 tahun pada tahun permohonan.
3. Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.
4. Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asassi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.
5. Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
Ijazah Sarjana (Master)1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 28 tahun pada tahun permohonan.
3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.
4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
6. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
7. Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
8. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan pada Semester 1, Sesi 2024/2025 bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian Sarjana.
Ijazah Kedoktoran (PhD)1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan.
3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen.
4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
6. Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
7. Calon yang sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
8. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan pada Semester 1, Sesi 2024/2025 bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian PhD.

Cara Membuat Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2024

Permohonan dibuka mulai 20 Mac 2024, jam 5 petang sehingga 19 April 2024, jam 11.59 malam dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPT pada pautan berikut

>>>Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2024<<<

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK pada bahagian atas portal tersebut, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia / bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.

Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian tersebut. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau permasalahan berkaitan Biasiswa MyBrainSc ini, sila layari laman web Biasiswa MyBrainSc atau rujuk Manual Pengguna DISINI.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More