Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Bagi Tahun 2025

Berikut kami kongsikan sebuah biasiswa yang kini sedang dibuka iaitu Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun bagi tahun 2025.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2025

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi atau The Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun kini menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa yang ingin belajar untuk tempoh setahun di universiti Jepun yang ditetapkan sebagai Pelajar Pengajian Jepun untuk mendalami pemahaman mereka tentang

  • bahasa Jepun,
  • hal ehwal Jepun, dan
  • budaya Jepun

di bawah Program Biasiswa Kerajaan Jepun (MEXT) seperti berikut.

Kerajaan Jepun menawarkan program biasiswa berikut setiap tahun untuk warganegara Malaysia memohon.

Pemohon yang berminat dinasihatkan untuk membaca garis panduan dengan teliti. Melainkan dinyatakan sebaliknya, permohonan biasiswa hendaklah dibuat ke Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2025 (Monbukagakusho: MEXT) yang kini dibuka adalah untuk kategori:

  1. Kolej Latihan Khusus.
  2. Kolej Teknologi (KOSEN).
  3. Kategori Sarjana Muda.

Permohonan kini dibuka sehingga 5 April 2024, sebelum jam 4.00 petang. Mengenai biasiswa ini adalah:

Bermula April 2025.
Elaun bulanan lebih kurang RM4,000 akan diberikan.
Yuran peperiksaan kemasukan, matrikulasi dan tuisyen di universiti akan dikecualikan.
Tiket kapal terbang pergi dan balik disediakan.
Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Bagi Tahun 2025 1
Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum membuat permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun ini, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan di bawah.

  1. Pemohon mestilah berumur antara 18 – 25 tahun pada 1 April 2025 (iaitu lahir selepas 2 April 2000).
  2. Pemohon mestilah menamatkan SPM dengan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas buang).
  3. Pelajar yang telah menamatkan STPM, UEC, Matrikulasi atau Diploma boleh memohon dengan keputusan STPM, UEC, Matrikulasi atau Diploma.
  4. Pemohon mestilah mempunyai penguasaan bahasa Inggeris atau Jepun yang baik dengan keputusan cemerlang dalam mata pelajaran utama yang lain.

Cara Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 5 April 2024 dan permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan berikut:

Penyerahan yang lewat tidak akan dilayan walau apa pun alasan yang diberikan.

Permohonan tanpa dokumen yang mencukupi (dinyatakan dalam garis panduan) tidak akan dipertimbangkan.

Borang dan dokumen permohonan yang diserahkan tidak akan dikembalikan, apa jua alasan yang diberikan.

Keputusan mengenai calon yang berjaya dibuat oleh Kedutaan Jepun adalah muktamad. Sebarang pertanyaan mengenai keputusan muktamad tidak akan dilayan.

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Bagi Tahun 2025 2
Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun ini, sila layari laman web Kedutaan Jepun di Malaysia (Scholarship Information).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More