Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025

Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 yang kini sedang dibuka kepada yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025

Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Memandangkan biasiswa ini memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dalam pengalaman, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 1

Sokongan Kewangan

Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan sokongan kewangan yang khusus dalam bidang seperti berikut:

Yuran UniversitiTajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Elaun BulananElaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
Elaun TahunanElaun pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti. Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.
Elaun SekaliBagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan (untuk penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).

Program Pembangunan Kepimpinan

Yayasan Tunku Abdul Rahman sedaya upaya berusaha untuk membimbing penerima biasiswa supaya menjadi seorang individu yang akan memberi perubahan bermakna dalam komuniti.

Program Pembangunan Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibina di atas tiga asas utama, iaitu:

Etika Dan NilaiMenyemai nilai-nilai yang diilhamkan oleh Tunku untuk membina pemimpin yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat belas kasihan secara peribadi dan profesional.
Pemimpin KomunitiPembangunan minda berfokuskan kepada perkhidmatan untuk berjasa kepada komuniti dengan meninggalkan impak yang bermakna.
KebolehpasaranMemupuk bakat dan kemahiran penerima biasiswa dalam laluan kerjaya yang pelbagai untuk berjaya di tempat kerja. 

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Biasiswa ini dibuka kepada calon yang telah menamatkan pengajian pra-universiti dan akan melanjutkan Ijazah Sarjana Muda selewat-lewatnya pada Mac 2026 ataupun calon yang sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda dan mempunyai sekurang-kurangnya baki dua tahun pengajian (tarikh penamatan mestilah selepas September 2027).
  2. Calon yang baru menamatkan pengajian pra-universiti akan diberi penerimaan bersyarat kepada biasiswa ini tertakluk kepada kemungkinan calon mendapat tawaran pembelajaran di universiti yang diiktiraf oleh MQA.
  3. Yayasan Tunku Abdul Rahman akan memberi keutamaan kepada calon yang:
  • Berasal dari latar belakang yang mencabar, seperti calon OKU, calon dari masyarakat luar bandar serta calon dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,850 sebulan.
  • Telah mengatasi atau sedang mengatasi cabaran hidup yang sukar.
  • Menunjukkan kepimpinan dan peribadi yang cemerlang.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 kini dibuka sehingga jam 2.00 petang, 8 April 2025 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025<<<

Sebelum calon membuat permohonan, sila sediakan salinan digital seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan;
  2. Sijil keputusan pra-universiti DAN keputusan semester terkini pengajian Ijazah Sarjana Muda (jika ada);
  3. Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan);
  4. Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan ATAU slip cukai pendapatan ATAU slip gaji ibu bapa atau penjaga (3 bulan) ATAU penyata akaun bank; dan
  5. Surat Sokongan / Letter of Recommendation daripada pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).

Yayasan Tunku Abdul Rahman menggalakkan semua calon yang berkenaan untuk membuat permohonan.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 2

Proses Permohonan

Berikut adalah proses-proses untuk membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025, iaitu:

Langkah 1 – Borang PermohonanHantar borang permohonan biasiswa sebelum tarikh tutup.
Langkah 2 – Temuduga & PenilaianPemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga dan penilaian secara atas talian.
Langkah 3 – Penganugerahan BiasiswaPemohon yang disenaraipendekkan akan menerima surat tawaran dan memulakan perjalanan biasiswa.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 ini, anda boleh rujuk portal rasmi Biasiswa Tunku Abdul Rahman | YTAR.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More