Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 yang kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat dan layak.

Isi Kandungan

Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024

Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) atau dikenali sebagai King’s Scholarship bertujuan untuk menaja warganegara Malaysia yang cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di universiti dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada Negara.

BYDPA merupakan program biasiswa berprestij berbanding program-program penajaan lain dengan kelebihan daripada segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti terkemuka dunia.

Penerima BYDPA juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan tetapi dikehendaki berkhidmat di Malaysia dalam sebarang sektor setelah menamatkan pengajian.

Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 yang kini dibuka mulai 4 Mac 2024 sehingga 5 April 2024.

Permohonan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 1
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024
Permohonan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 2
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA Tahun 2024 adalah

  • Ekonomi,
  • Undang-Undang,
  • Kewangan Islam,
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), dan
  • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Senarai bidang pengajian yang lebih terperinci boleh didapati DISINI.

Universiti / Institusi Yang Ditaja

Senarai universiti / institusi pengajian tinggi tempatan (senarai IPT Dalam Negara) untuk penajaan biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 adalah seperti berikut:

Bidang PengajianUniversiti / Institusi
Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) / Kecerdasan Buatan / Ekonomi / Undang-Undang1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kewangan Islam1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
3. Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
4. Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
6. Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

Manakala, senarai universiti / institusi terkemuka dunia (senarai IPT Luar Negara) untuk penajaan biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 terdapat DISINI.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024

Sebelum membuat permohonan, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria permohonan yang telah ditetapkan seperti dibawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari tahun penawaran.
  3. Memperoleh CGPA 3.75 atau Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat Sarjana) dan CGPA 3.75 / Kelas Pertama / Cemerlang dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat Ph.D).
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan / hasil kerja kreatif dan inovatif.
  5. Kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa adalah satu kelebihan.
  6. Mendapat tempat pengajian di Universiti Penyelidikan Tempatan / Universiti Terkemuka Dunia yang dipersetujui JPA.

Cara Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau terus tekan pautan dibawah mulai 4 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2024.

>>>ePermohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024<<<

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama- sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Dalam Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3053 / 3879 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More