Biskut ‘Oreo Supreme’ RM33 sebiji
OREO Supreme adalah antara jenama pakaian yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan harga yang tinggi dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Malah, apabila terdapat mana-mana jenama yang berkolaborasi dengan Supreme, harga juga turut naik dari kebiasaan kerana penjenamaan Supreme itu sendiri.
Kini Supreme telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama jenama biskut terkenal iaitu Oreo untuk mengeluarkan biskut Oreo berwarna merah dengan penjenamaan Supreme. Terdapat beberapa media melaporkan bahawa biskut ini akan dijual dengan harga $8 (~RM33) untuk sebiji sahaja, bukan sebungkus.
Oreo Supreme
Jika benar, ia bukan perkara yang mengejutkan jika ia menggunakan jenama Supreme. Hatta, jika anda pengumpul dan peminat barangan Supreme pasti anda tahu tentang harga jualan semula oleh pihak ketiga yang akan menjualnya dengan harga lebih tinggi kerana ia adalah jenama Supreme.
Apa yang menjadikan biskut Oreo ini berbeza dengan biskut Oreo biasa? Semestinya warna biskut ini yang bertukar merah dan logo Supreme tertera pada biskut ini.
Ada peminat yang mula menjadikan kolaborasi ini sebagai bahan ketawa kerana memikirkan siapa yang sanggup untuk membeli biskut ini pada harga resell
Persoalannya, jika biskut ini mula dijual, adakah anda akan makan atau menyimpannya? Kerana makanan akan sampai tarikh luput. Dengan harga RM33 sebiji, pasti ia akan menjadi salah satu biskut pilihan pada individu yang kaya dan artis bertaraf antarabangsa.