Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BSH 2021 : Semakan, Permohonan dan Rayuan

BSH 2021 : Semakan, Permohonan dan Rayuan : Artikel ini ialah untuk rakyat Malaysia yang ingin memohon untuk Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH. Disini kami lampirkan isi-isi penting dan cara untuk anda memohon. Semoga Bermanfaat.

Apa itu BSH 2021 ?

BSH atau nama panjangnya Bantuan Sara Hidup Rakyat ialah salah satu bantuan yang diberi oleh kerajaan Malaysia yang lebih mensasarkan golongan B40. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021, merasakan golongan gaji dan pendapatan rendah perlu dibantu pada pandemik ini.BSH 2021 : Semakan, Permohonan dan Rayuan

BSH Semakan – Cara Semak BSH

  1. Log in ke portal rasmi Hasil Dalam Negeri LHDN: laman web LHDN
  2. Masukkan number IC yang didaftar untuk semakan kelulusan
  3. Nombor TAC akan dihantar ke nombre telefon anda. Terus masukkan nombor TAC itu.
  4. Tekan menu pada portal untuk status kelulusan.

BSH 2021 : Semakan, Permohonan dan Rayuan

BSH Permohonan – Cara Buat Permohonan Baru BSH

Ini adalah cara-cara untuk membuat permohonan baru BSH

  • Online

Log in ke total LHDM. Pemohon boleh melayari portal tersebut dengan tekan di link kuning yang kami beri. Pemohon disarankan untuk mencetak salinan permohonan dan disimpan sebagai rujukan kelak.

Langkah Memohon :

  1. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Sila pastikan nombor yang berdaftar diisi dengan betul untuk digunakan semasa log in portal LHDN.
  2. Maklumat Anak. Terhad kepada 4 orang anak sahaja untuk menerima bantuan.
  3. Maklumat Bank. Sekiranya tidak mempunyai akauan bank, ianya tidak sah.
  4. Maklumat Waris. Hanya waris tertentu layak didaftarkan bagi BSH iaitu keluarga.
  5. Must nail document sokongan yang diperlukan contoh sijil kahwin, cerai dan lahir.
  • Manual 

Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH di cawangan LHDN atau UTC. Setelah borang permohonan suddar lengkap dan cukup syarat perlu dihantar ke cawangan LHDN atau UTC sebelum tarikh tutup.

BSH Kemaskini -Cara Kemaskini BSH

Kemaskini maklumat BSH merangkumi perkara seperti perubahan status penceraian, kematian pasangan. Perubahan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat dan lain-lain.

  • Maklumat yang Perlu Dikemaskini

  1. Akaun Bank ( Persendirian)
  2. Nombor telefon bimbit atau rumah
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. Alamat Emel Terkini
  5. Maklumat Pasangan dan Tanggungan (IC, myKad passport dan lain-lain)
  6. Status Perkahwinan, Penceraian atau Kematian Pasangan.
  7. Maklumat Waris Terkini

BSH Rayuan – Cara Membuat Rayuan BSH

Selain daripada membuat rayuan di atas talian di portal LHDN anda boleh juga pergi ke mana-mana cawangan LHDM atau UTC. Kami menyarankan anda supaya membawa dokumen penting tak kira anda kategori isi rumah atau bujang seperti:

  1. Salinan Status Perkahwinan
  2. Salinan Penyata KWSP
  3. Salinan Penyata Gaji
  4. Salinan IC
  5. Salinan Mykad pasangan anda
  6. Salinan Mykid atau surat beranak anak
  7. Salinan penamatan sijil ssm

Nota* Warganegara Malaysia yang gaji melebihi RM 4,000 atau pemohon tidak menetap di Malaysia usa memohon kerana kebarangkalian amat rendah

Akan tetapi jika anda tidak lulus ini sebabnya:

KOD TIDAK LULUS ALASAN
KOD 05 Tidak layak dalam kategori bujang
KOD 07 Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih Rm4 ribu sebulan
KOD 09 Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan
KOD 12 Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 13 Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 34 Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini

BSH Bujang – Semakan dan Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan

Untuk yang berumur 40 tahun dan ke atas tetapi masih lagi memegang status bujang dengan gaji adalah bawah RM 2 ribu sebulan. Golongan OKU juga sama. Mana-mana rakyat OKU berumur 18 tahun ke atas dan memegang status OKU yang menerima gaji bawah RM 2 ribu layak.

Cara Semakan

  1. Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2021
  2. Pilih Menu SEMAKAN STATUS BAYARAN
  3. Sila masukkan NO. IC
  4. Klik Butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan di skrin
  6. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang SEMAK
  7. Status Bayaran Fasa 1 BSH 2021 akan dipaparkan.

Soalan Lazim dan FAQ

  • Adakah Rayuan Dibuka untuk Pemohon Baru 

Rayuan kali ini dibuka hanya untuk pemohon yang tidak lulus sahaja.

  • Apakah Hotline BSH LHDM

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor ini 1-800-88-2746 atau 1-800-8-2716

  • Kenapa BSH Lulus Tapi Duit tak Masuk

Akaun bank pemohon tidak aktif

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus Dan Senarai Dokumen Sokongan

Menurut FAQ dan soalan lazy BPR fasa 2 yang dikeluarkan LHDN kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi pemohon BPR 2021 untuk info lebih lanjut anda boleh klik di link ini Rayuan BPR.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More