Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Buku teks sekolah kini dalam versi digital – KPM

Buku Teks KPM kini dalam bentuk digital – KPM

Digital! Maklumat dari keratan akhbar Berita Harian bertarikh 13 Januari 2021, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Sumber : Berita harian 

Kemudahan Aplikasi buku teks pdf bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah ketika PKP dan sesi persekolahan baharu

buku teks digital
pelajar belajar dirumah bersama keluarha – Sumber Berita Harian

Para Ibubapa tidak perlu khuatir jika buku teks diterima lewat atau pun ingin menggunakan buku teks dengan lebih mudah ketika PKP, kini Perbadanan Kota Buku, sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi KPM eTextbook Reader bagi memudahkan murid memperolehi buku teks secara digital. Aplikasi ini dapat memberi akses buku teks sekolah secara digital terutamanya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Aplikasi ini membantu murid memudahkan muat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB, yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih. Pada masa yang sama para murid boleh membuat nota, menanda (highlight) bahagian penting sama seperti menggunakan buku teks cetak dan juga mendapatkan rujukan tambahan melalui aplikasi buku teks ini.

Ibubapa tidak perlu lagi khuatir jika buku teks fizikal anak-anak diterima lewat. Dengan adanya aplikasi ini, pelajar dapat mengakses buku teks digital dengan menggunakan telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa di luar sekolah dan kediaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR). Capaian Internet juga tidak diperlukan setelah ianya selesai dimuat turun. Aplikasi KPM eTextBook Reader juga boleh menjadi penyelesaian masalah beg sekolah berat dan kos cetak buku teks.

Kini, kesemua buku teks sekolah menengah berasaskan KSSM telah disediakan kecuali buku teks untuk Tingkatan 5 yang mengikut kohot baharu. Koleksi buku teks tingkatan 5 yang lengkap beserta dengan koleksi sekolah rendah juga sedang disediakan.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman web www.textbook.moe.gov.my dan ikut arahan seterusnya untuk pendaftaran atau boleh muat turun terus melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.

Sekian, terima kasih.

Anda juga boleh download disini untuk mendapatkan Buku Teks Digital sekolah rendah dan menengah.

buku teks digital SPM
Boleh juga dapati di sini untuk senarai Buku Teks Digital SPM

Portal – https://textbook.moe.gov.my/

Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kotabuku.kpm

iOS – https://apps.apple.com/my/app/kpm-etextbook-reader/id889928729

Untuk maklumat lanjut, emel kami di : [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More