Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Buat Aduan Jika Ujian Covid-19 Anda Dicaj Lebih Harga Siling

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah mengumumkan harga siling untuk ujian Covid-19 telah ditetapkan untuk memastikan harga tersebut berpatutan buat orang ramai.

Beliau menyatakan harga yang ditetapkan telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 pada 11 Mei untuk dijadikan panduan bagi orang ramai ketika membayar ujian tersebut.

Senarai Harga Ujian Covid-19

Harga siling ujian Covid-19 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang tertakluk di bawah Ordinan Darurat adalah seperti berikut —

  • Ujian RT-PCR: RM150 (Semenanjung), RM 200 (Sabah & Sarawak).
  • Ujian RTK-Antigen: RM60 (Semenanjung), RM80 (Sabah & Sarawak).
  • Ujian RTK-Antibody: RM50 (Semenanjung), RM70 (Sabah & Sarawak).

“Sekiranya harganya lebih dari yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, pihak yang bertanggungjawab harus menjelaskan setiap kos tambahan tersebut,” tegas Datuk Seri Dr Adham Baba semasa taklimat mingguan bersama media semalam.

Sumber The Stars

Cara Buat Aduan Kepada CPRC

Jika orang ramai mendapati caj yang dikenakan telah melebihi harga siling oleh mana-mana klinik, hospital dan makmal, Menteri Kesihatan meminta orang ramai untuk membuat laporan secara terus kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC).

Sehubungan dengan itu, anda boleh menggunakan Cara Buat Aduan yang disediakan ini. Anda boleh menghubungi mereka untuk membuat laporan melalui beberapa cara seperti berikut:

  1. Hubungi nombor hotline: 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
  2. Hantar mesej WhatsApp: 6013 927 9454 / 6010 969 9435
  3. Hantar emel: [email protected]

Di samping itu, orang ramai turut boleh membuat laporan kepada badan-badan agensi lain seperti berikut —

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

  1. Hubungi nombor hotline: 1-800-886-800
  2. Layari laman webe-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Hantar mesej WhatsApp6019 279 4317

Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  1. Hubungi nombor hotline: 03 7876 2009
  2. Hantar emel[email protected]

Pusat Aduan Pengguna Negara (NCCC)

  1. Hubungi nombor hotline: 603 7803 6000 / 603 7805 0009

Baca Juga: Senarai Klinik Pakar Kanak – Kanak Di Malaysia

Cara Buat Aduan Jika Ujian Covid-19 Anda Dicaj Lebih Harga Siling

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More