Cara Buat Folder Telegram dan Whatsapp dalam Smartphone Anda
Disini kami kongsikan cara buat folder Telegram dan juga Whatsapp. Sejak bermula kelas online / PdPR, memang ibu ayah kenalah berkorban dan ‘kongsi’ Whatsapp atau Telegram untuk hal-hal kerja sekolah dan tugasan anak-anak.
Kalau anak seorang mungkin tak pening sangat. Tapi bila ada 2-3 orang anak, setiap orang pula ada 7-8 subjek dan ada group masing-masing… Hah, pening juga bila nak cari balik kerja atau nota-nota lama tu kan?
Isi Kandungan
Tujuan Buat Folder
Tujuan folder di buat adalah untuk kemaskan Telegram atau Whatsapp kita.
Jadi mudahlah kalau kita asing-asingkan. Contoh ada folder untuk kelas, nota kelas, kerja sekolah dan lain-lain. Lebih mudah kita nak cari nanti bila ia diasingkan ikut folder masing-masing, jadi tak perlulah kita nak kena scroll untuk mencari nanti!
Cara Buat Folder Telegram
Cara buat folder Telegram ini dikongsikan oleh Fatimah Ramlan melalui Facebook.
Berikut adalah langkahnya:
- Mula-mula tekan ikon 3 baris dekat sebelah kiri tu.
- Kemudian tekan SETTINGS
- Tekan FOLDERS
- Lepas tu CREATE NEW FOLDER
- Namakan FOLDER yang kita nak dan tekan SAVE.
Siap!
Boleh rujuk langkah bergambar di bawah ini:
Cara Buat Folder Whatsapp
Seterusnya kita tengok pula cara nak buat folder Whatsapp yang dikongsikan oleh Izyan Alias di Facebook.
So senang cikgu dan parents nak manage group chat PDPR anak-ana..
Cara-caranya :
- Mula-mula, tekan pada Group Whatsapp sampai keluar tanda
- Kemudian, tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas tu.
- Tekan Add Chat Shortcut.
- Akhir sekali, nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.
Siap!
Boleh rujuk gambar di bawah:
Penutup
Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.