Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online

cara

Semua perkhidmatan urusniaga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh dilakukan dengan permohonan temujanji JPN online terlebih dahulu.

Di sini kami kongsikan cara membuat permohonan borang temujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.

Sepanjang tempoh PKPB & PKPP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi anda.

Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:

  • Daftar kelahiran anak
  • Mohon kad pengenalan
  • Mohon anak angkat
  • Mohon kahwin bukan Islam
  • Mohon cerai bukan Islam
  • Daftar kematian ahli keluarga
  • Mohon warganegara Malaysia

Isi Kandungan

Cara Permohonan Temujanji JPN Online

  1. Layari laman web https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atas
  2. Klik pada butang MULA TEMPAHAN
  3. Isikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.
  4. Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.
  5. Screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.

Cara Membuat Perubahan Tarikh & Masa Temujanji JPN

Untuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah.

Anda perlu memohon semula janji temu baru. Sila pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.

  • ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
  • AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Senarai Kaunter Pejabat JPN Yang Beroperasi

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Maklumat lanjut dan permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Artikel lain: Permohonan Biasiswa IOI Group (Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More