Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan dan Pembatalan Akaun

Disini kami kongsikan cara daftar netflix Malaysia dengan betul. Netflix sememangnya salah satu streaming platform yang paling popular di Malaysia buat peminat drama atau filem terutamanya Hollywood dan Korea.

Bermula dari harga RM 17 sahaja, anda boleh mendapat akses kepada beribu-ribu filem dan drama melalui telefon bimbit, tablet, PC dan TV.

Isi Kandungan

Checklist Sebelum Daftar NetFlix Malaysia

Sebelum anda ikuti cara daftar Netflix Malaysia, pastikan anda menyediakan beberapa perkara di bawah ini :

  • Akaun e-mel yang aktif dan boleh diakses
  • Kad kredit / kad debit, ATAU pelan pascabayar seperti Digi, Maxis atau Celcom yang aktif untuk tujuan pembayaran di ruangan ‘payment method’ nanti.
  • Capaian internet yang laju sekurang-kurangnya 0.5 Mbps atau sebaiknya 3Mbps ke atas .

Jenis Pelan Langganan Netflix Malaysia

Terdapat 4 pelan yang disediakan buat pelanggan mengikut keperluan atau kesesuaian bajet dengan harga RM 17 hingga RM 55. 4 pelan tersebut ialah Mobile, Basic, Standard dan Premium.

Walaupun pelan Premium nampak mahal, namun ia lebih berbaloi untuk dikongsi dengan rakan atau keluarga.

Jika dibahagi 4, harga langganan sebulan hanyalah sekitar RM 14 sebulan untuk seorang kan?

Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun

Cara Daftar Netflix Malaysia

Ikuti cara daftar Netflix Malaysia kami yang mudah ini untuk memulakan tontonan di Netflix hari ini:

  1. Lawati netflix.com/signup.
  2. Pilih pelan yang sesuai untuk anda.
  3. Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan mencipta kata laluan.
  4. Masukkan kaedah pembayaran. Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.

Adakah Netflix Sesuai Untuk Keluarga / Kanak-kanak?

Disebabkan kebanyakan konten Netflix berasal dari luar negara, terdapat beberapa filem dan drama yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Namun, anda tidak perlu risau kerana Netflix juga menyediakan profil khas iaitu Netflix Kids bagi menyajikan hiburan animasi yang cukup menarik untuk anak-anak anda secara percuma!

Profil khas ini membenarkan ibu bapa mengawal konten yang dibenarkan dengan nombor PIN tertentu, di mana ibu bapa juga boleh menghalang konten tertentu untuk anak-anak anda.

Tambahan pula pada tempoh PKP ini, anda bolehlah mengisi masa terluang dengan menyaksikan rancangan menarik pilihan anda di Netflix buat seisi keluarga.

Cara Cancel Netflix / Tamatkan Langganan

Bagi yang sudah tahu Cara Daftar Netflix Malaysia tetapi ingin tahu cara cancel netflix pula, anda jangan risau. Hal ini kerana, apabila anda menjadi pelanggan Netflix kerana anda boleh tamatkan langganan bila-bila masa sahaja.

Anda tidak akan terikat dalam tempoh kontrak tertentu seperti Astro.

Jika anda nak cancel atau ingin menamatkan langganan Netflix, anda hanya perlu:

  1. Login ke akaun Netflix
  2. Tekan menu Account
  3. Pilih butang ‘Cancel Membership’
  4. Untuk melihat maklumat penuh dan hari terakhir akaun anda aktif, sila klik pada bahagian ‘Billing Details’

Jika anda membuat pembatalan akaun dalam masa yang lebih awal daripada tempoh caj bulanan, anda boleh terus menonton Netflix hingga akaun anda ditutup secara automatik mengikut tempoh langganan bil.

Anda tidak akan dicaj sehinggalah anda mengaktifkan akaun anda semula.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Netflix Malaysia, sila layari https://www.netflix.com/my/ atau hubungi 1-800-819-742

Artikel lain: Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More