Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan

Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan telah dikongsikan oleh seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Pengihatan untuk membantu dan memudahkan urusan golongan OKU menjalani kehidupan seperti yang lain.

Secara umumnya, manusia diciptakan berbeza-beza, ada yang dilahirkan dengan bentuk badan yang sempurna namun ada juga yang sebaliknya. Disebabkan itu, di dunia ini mempunyai pelbagai kemudahan yang tidak hanya menumpukan kepada golongan majoriti tetapi minoriti juga diberikan perhatian penuh.

Golongan OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Golongan OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan golongan OKU.

Kemudahan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seperti tempat letak kenderaan, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular satu video di mana seorang lelaki (@Ibk2907) menjelaskan Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan.

Lelaki yang dikenali sebagai Loh Boon Keat itu merupakan seorang yang mempunyai kecacatan penglihatan dan bergiat aktif dalam membuat video informasi mengenai OKU.

Isi Kandungan

Viral Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan

Dalam video tersebut, Loh dibantu oleh seorang lelaki yang merakam Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan itu yang terletak di Hong Leong Bank di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Hari ini saya nak kongsikan tentang ATM yang bersuara, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ATM yang bersuara yang ada dekat Malaysia ini,” katanya dalam video tersebut.

Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan

Difahamkan, mesin ATM tersebut dihasilkan untuk golongan OKU di mana di bahagian jubin juga telah ditambah tack tiles, yang biasa digunakan oleh mereka.

Label visual impairment friendly di mesin ATM turut diletakkan supaya orang lain tidak menggunakan mesin tersebut.

Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan 1

“Mesin ATM ini tiada beza dengan mesin yang biasa cumanya ia ada tempat untuk audio jet. Pengguna boleh pasang earphone atau fon telinga kecuali jenama Apple, ia tidak berbunyi jika pasang so be careful,” jelasnya.

Loh juga menggunakan pembesar suara dalam video tersebut agar orang ramai jelas dengan Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan tersebut.

Jelasnya, orang ramai dikehendaki untuk menggunakan pad nombor untuk mesin itu dan tidak menekan di skrin paparan.

“Mesin ini juga terhad, di mana ia menyediakan perkhidmatan seperti semak baki dan pengeluaran duit. Pemindahan wang tidak boleh dilakukan di sini,” ujarnya.

Cara Guna ATM Bersuara

Bagi mengetahui Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan ini, sila ikuti langkah-langkah tersebut:

  • Pertama sekali, pengguna perlu mengeluarkan kad bank dan earphone untuk menggunakan mesin tersebut.
  • Kemudian, ambil earphone tersebut dan cucuk di bahagian audio jet. Orang ramai juga boleh kawal kelantangan suara yang terletak bersebelahan dengan tempat itu.
  • Setelah itu, pilih bahasa yang diingini.
  • Selepas mendengar arahan yang diberikan, pengguna perlu memasukkan kad bank di tempat yang disediakan.
  • Seterusnya, masukkan pin dengan menekan pad nombor dan pengguna boleh membuat dua pilihan yang disediakan oleh mesin tersebut.
  • Mesin tersebut kemudiannya akan memberi arahan iaitu tekan 1 untuk pertanyaan baki dan tekan 2 untuk pengeluaran wang.
  • Sekiranya memilih untuk pengeluaran wang, pengguna perlu pilih daripada akaun ‘Semasa’ atau ‘Simpanan’.
  • Pengguna harus memasukkan jumlah yang diingini.
  • Selesai.

“Kalau kata kita nak guna lagi, kita perlu cabut (earphone) dan pasangkan semula,” katanya.

Bagi sesiapa (OKU) yang ingin mencuba mesin ATM bersuara tersebut, boleh pergi ke Hong Leong Bank di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sumber Tiktok: @Ibk2907

Diharapkan semoga perkongsian tentang Cara Guna ATM Bersuara Untuk OKU Penglihatan ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More