Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Install Font Tulisan Jawi Pada Komputer Dan Telefon

Cara Install Font Tulisan Jawi adalah salah satu ilmu penting untuk diketahui supaya ianya memudahkan kita apabila ingin menggunakan tulisan Jawi dalam telefon pintar, laptop atau komputer pada bila-bila masa.

Menyedari bahawa tulisan Jawi adalah warisan bangsa dan negara yang di dalamnya terakam kekayaan khazanah tradisi kebudayaan, kesusasteraan, kepercayaan dan falsafah bangsa turun temurun.

Oleh yang demikian, tulisan Jawi adalah salah satu unsur kebudayaan pribumi dan kebudayaan kebangsaan yang dapat dimanfaatkan untuk perpaduan dan persefahaman seluruh warganegara dan memupuk perasaan kesetianegaraan di atas peranan dan penggunaan tulisan Jawi.

Namu kini tulisan Jawi telah mengalami kemunduran di dalam semua sektor awam mahupun swasta sejak kebelakangan ini. Maka usaha telah dijalankan untuk memperkenalkan kaedah-kaedah penulisan dan pengejaan tulisan Jawi supaya ianya tidak ketinggalan zaman.

Justeru, antara salah satu cara untuk mengekalkan tulisan Jawi adalah menggunakannya dalam kehidupan harian kita.

Isi Kandungan

Apa Itu Tulisan Jawi?

Tulisan Jawi ialah huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun Melayu sekitar gugusan kepulauan Melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah sehingga kini.

Tulisan Jawi juga dikatakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.

Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia dan Indonesia.

Kini tulisan ini banyak digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Oleh itu, disebabkan kita ingin terus mengekalkan tulisan Jawi dalam kehidupan harian, salah satu cara untuk mengekalkannya adalah dengan mengaplikasikannya pada gadjet kita.

Jadi, macam mana Cara Install Font Tulisan Jawi dalam gadjet kita? Jom ikuti perkongsian dibawah.

Cara Install Font Tulisan Jawi

Cara Install Font Tulisan Jawi Pada Komputer

Sebelum install font tulisan Jawi, anda perlulah memuat turun dahulu virtual keyboard bagi membolehkan anda menaip Jawi dengan mudah.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menambah sokongan keyboard tulisan Jawi pada laptop atau komputer anda.

Cara Install Font Tulisan Jawi pada komputer adalah

  1. Muat turun perisian Jawi UKM melalui Google Drive di pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1YYSyVZmqkH6rw9zfI49CnjzgawuJs9Qa
  2. Extract fail tersebut.
  3. Klik pada fail ‘setup.exe’ di dalam folder yang telah di extract tadi.
  4. Ikut arahan yang diberi sehingga selesai.

Untuk memastikan perisian tersebut telah dipasang dan sokongan tulisan Jawi sudah ditambah pada laptop dan komputer anda, perhatikan pada bahagian bawah kanan Desktop anda. Jika terdapat pilihan “Jawi UKM 200 Keyboard” itu bermakna anda telah berjaya install keyboard tulisan Jawi pada komputer atau laptop anda.

Cara Tambah Font Tulisan Jawi

Kemudian, anda perlu memuat turun font Jawi yang sesuai dan antara pilihan font yang ada adalah:

  • Arabic Typesetting
  • Jawi Uthman Taha
  • Lateef
  • Majalla

Font-font ini boleh dimuat turun melalui Google Drive di pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1ClJBOEePY3yT9eXQFVH4Eg6SA6uvQ6JJ

Seterusnya, klik pada fail font yang telah dimuat turun tersebut dan klik pada butang “Install” untuk install font tulisan Jawi yang telah dimuat turun.

Cara Menggunakan Keyboard Font Tulisan Jawi

Setiap kali hendak menulis dengan tulisan Jawi, anda boleh menggunakan virtual keyboard yang disediakan melalui perisian Jawi UKM yang telah anda install tadi.

Klik pada bahagian bawah kanan Desktop anda, pada tulisan ENG (Merujuk kepada English) atau boleh menggunakan shortcut key ‘Win+SpaceBar’.

Cara Install Font Tulisan Jawi

Cara Install Font Tulisan Jawi Pada Telefon

Menariknya, untuk menggunakan font tulisan Jawi di telefon pintar, anda tidak perlu memuat turun dan install apa-apa jenis perisian dan apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menukar tetapan di bahagian Settings telefon pintar anda.

Setiap model atau jenama telefon pintar mungkin sedikit berbeza dengan langkah-langkah yang akan ditunjukkan di bawah tetapi asasnya adalah tetaplah sama.

Cara Install Font Tulisan Jawi pada telefon adalah

  1. Pilih “Settings”.
  2. Klik pada “Keyboard & Input Method”.
  3. Pada bahagian “Available Keyboard”, klik pada Gboard > Multilangual typing.
  4. Pilih Languages.
  5. Klik butang “Add Keyboard”.
  6. Pilih “Malay (Arabic) (Malaysia)”. Gunakan fungsi carian untuk lebih mudah dan cepat.
  7. Klik butang “Done”.

Setiap kali anda hendak menggunakan keyboard tulisan Jawi, klik pada ikon / gambar Bumi pada keyboard anda sahaja.

Cara Install Font Tulisan Jawi

Semoga perkongsian tentang Cara Install Font Tulisan Jawi ini memberi sedikit pendedahan dan bermanfaat kepada anda semua.

Selain info teknologi tentang Cara Install Font Tulisan Jawi ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More