Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Membuat Permohonan Gerak Malaysia

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 dan kini dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020, sudah pasti ramai dikalangan rakyat Malaysia yang terkandas di kampung halaman masing-masing kan.

Permohonan Gerak Malaysia
Permohonan Gerak Malaysia

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah mengumumkan berita baik iaitu anda  semua yang terkandas boleh membuat permohonan untuk kembali ke destinasi asal anda melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Isi Kandungan

Bagaimana Pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang terkandas, Perlukah membuat permohonan Gerak Malaysia?

TIDAK PERLU.

Apakah  itu Gerak Malaysia?

Gerak Malaysia merupakan satu aplikasi khas yang boleh mengesan kedudukan anda dengan syarat anda menghidupkan GPS. Ia juga dipanggil pengesanan kontak.

Pendaftaran di aplikasi tersebut agak mudah. Anda hanya perlu mengesahkan nombor telefon anda dan mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan atau pasport serta emel.

Cara membuat permohonan Gerak Malaysia

Cara Membuat Permohonan Gerak Malaysia 1
Permohonan Gerak Malaysia

Cara-cara memohon :

Langkah 1 : Muat turun

  1. Download aplikasi Gerak Malaysia
    Klik sini untuk download di App Store, jika anda pengguna Apple iOS
    Klik sini untuk download di Google Play, jika anda pengguna Android
    Klik sini untuk download di Huawei AppGallery
  2. Install dan Buka aplikasi
  3. Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
  4. Swipe sehingga habis
  5. Klik Let’s get started
  6. Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
  7. Masukkan nombor telefon bimbit anda
  8. One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
  9. Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan

Langkah 2 : Daftar

  1. Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan RegisterMasukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
  2. Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
  3. Residential Address ialah rumah tempat anda menginap dan bukan alamat kampung, rumah mak dsb.
  4. Masukkan Bandar di ruangan City
  5. Masukkan Poskod di ruangan Postcode
  6. Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  7. Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  8. Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
  9. Masukkan email di ruangan Email
  10. Jika tiada email, abaikan sahaja ruangan itu
  11. Klik Continue
  12. Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
  13. Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
  14. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.

Langkah 3 :Permohonan Permit

  1. Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
  2. Anda akan diberikan pilihan seperti:
    • Membeli Makanan dan Keperluan Harian
    • Rawatan Perubatan
    • Kecemasan
    • Aktiviti-aktiviti Perlu
    • Membeli barangan dapur
    • Pergerakan Antara Negeri
  3. Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
  4. QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda
  5. Pastikan anda semak kembali pada Rabu, 29 April untuk proses kemaskini

Jadual perjalanan semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

  1. 1 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
  • Perak
  • Johor
  • Kelantan
  • 2 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Melaka
    • Pahang
  • 3 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Negeri Sembilan
    • Terengganu

Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)

Namun, pergerakan rentas negeri yang dibenarkan ini hanya melibatkan pergerakan dari kampung ke bandar sahaja.

Manakala untuk mereka yang tinggal di bandar dan mahu pulang ke kampung tidak dibenarkan sama sekali.

Secara ringkasnya, jika anda berada di bandar dan mahu balik kampung melawat ibubapa atau keluarga mertua, ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

Ini kerana hanya melibatkan Pergerakan Dari Kampung Ke Bandar saja.

 

Berikut adalah Soalan Lazim tentang Gerak Malaysia

Bila boleh semak status permohonan Gerak Malaysia?

Semakan status permohonan Gerak Malaysia akan dimaklumkan bermula pada 1 Mei 2020 nanti.

Bila boleh mula bergerak dari kampung ke bandar?

PDRM memberi masa tiga hari iaitu pada 1-3 Mei 2020 bagi orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).

Saya tak pandai guna app Gerak Malaysia. Apa nak buat?

Jangan bimbang. Permohonan Gerak Malaysia juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia. Boleh ikuti cara buat permohonan Gerak Malaysia seperti di atas.

Adakah saya perlu kemaskini Gerak Malaysia?

Ya. Mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

Saya akan gunakan highway. Kedai makan buka atau tidak?

Bagi sesiapa yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan akan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R)

Saya nak solat di surau di lebuhraya. Boleh ke?

Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan. Ini termasuk di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain

Saya bawa keluarga dan anak-anak kecil. Takut anak nak terkencing. Tandas di highway PLUS buka atau tidak?

Ya, boleh guna tandas. Perlu diingatkan, hanya fasiliti tandas sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Di R&R, bolehkah saya jalan-jalan keluar untuk rehat dan ambil angin?

Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat sahaja. Pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak di highway buka atau tidak?

Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

Macam mana nak tahu lebih lanjut tentang Gerak Malaysia?

Kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gera kMalaysia akan dikeluarkan. Ini akan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April 2020 mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan anda lancar dan teratur

Di ruangan Residential Address, perlu masukkan alamat kampung mak saya atau alamat rumah saya di bandar?

Residential Address ialah alamat rumah sendiri, iaitu alama tempat tinggal di bandar. Rumah sendiri itu tak kisah samada rumah yang anda beli atau sewa. Alamat ini ialah alamat yang anda mahu tuju. Ini adalah alamat destinasi. Bukan alamat kampung.

Apa maksud Rentas Negeri?

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipangil Interstate Travel. Contohnya, dari kampung di Kota Bharu, Kelantan dan mahu kembali ke Shah Alam, Selangor.

Saya guna Android rooted device. Adakah boleh download dari Google Play atau perlu download APK?

Untuk download dari Google Play Store menggunakan Android rooted device, belum dapat dipastikan lagi. Anda boleh cuba dan kongsikan dengan kami. Dan berkenaan APK, mengikut pemahaman kami, tidak ada Gerak Malaysia APK. Perlu download terus dari Google Play Store

Benarkah ada Gerak Malaysia online application form, atau borang online yang perlu diisi?

Tidak ada online application form bagi Gerak Malaysia yang boleh diisi menggunakan web browser atau sistem online. Anda memerlukan smartphone dan perlu download app Gerak Malaysia. Borang permohonan ada dalam app ini.

 

Sekiranya anda ada masalah teknikal atau perlu bantuan, bolehlah ke laman web rasmi Gerak Malaysia :

https://gerakmalaysia.gov.my

kredit : therohani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More