Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ini Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox Pada Kenderaan

Adakah Anda Tahu Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox Pada Kenderaan?

Setiap kali ingin memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi yang ingin dituju, tentunya kita akan memeriksa setiap bahagian kenderaan terlebih dahulu.

Ia bagi memastikan keadaan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan mengelakkan sebarang kerosakan ketika dalam perjalanan.

Antara bahagian yang sentiasa perlu diperiksa termasuklah tayar kereta, minyak brek, lampu isyarat dan juga minyak hitam serta minyak gearbox.

Bercakap mengenai pemeriksaan awal kenderaan, tidak ramai yang mengetahui cara yang betul untuk memeriksa keadaan minyak hitam dan minyak gearbox pada kenderaan mereka.

Jika tidak diambil peduli, perkara ini boleh membawa kesan kepada keadaan dalaman enjin kereta anda dalam jangka masa yang panjang.

Justeru, jom ikuti perkongsian dibawah untuk tambahkan ilmu pengetahuan kita tentang Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox pada kenderaan.

Isi Kandungan

Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox

Dalam klip video berdurasi dua minit 15 saat, @pakwee_oe telah berkongsikan Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox sesebuah kenderaan.

Pemeriksaan Minyak Hitam

Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pemilik kereta adalah panaskan enjin kereta terlebih dahulu.

Seterusnya, matikan enjin dan barulah tarik jarum minyak hitam kali pertama. Tetapi bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu.

Kali kedua, jolok dan tarik semula jarum itu dan lihat sukatan jarum minyak hitam. Barulah sukatan yang tepat boleh diambil.

Untuk mengetahui paras minyak hitam dalam keadaan yang mencukupi, ia berada pada paras antara dua titik (tidak boleh dibawah titik atau melebihi titik).

Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox

Pemeriksaan Minyak Gearbox

Bagi pemeriksaaan minyak gearbox pula, kenderaan perlu dihidupkan dan gear diletakkan pada ‘N’.

Sama seperti langkah pemeriksaan minyak hitam, bersihkan jarum gearbox sewaktu kali pertama ditarik keluar.

Kemudian, masukkan semula dalam tempat jarum gearbox itu dan tarik untuk melihat pada sukatannya.

Untuk melihat sukatan minyak gearbox yang tepat juga sama seperti minyak hitam iaitu berada pada bahagian tengah penanda.

Namun, terdapat info tambahan pada jarum sukatan gearbox iaitu sukatan H (Hot) dan C (Cool) untuk menunjukkan suhu minyak gearbox tersebut.

Sekiranya minyak gearbox dalam keadaan panas, ia berada pada takat H, manakala minyak dalam keadaan sejuk berada pada takat C.

Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox

Macam Mana Pula Nak Tahu Minyak Tersebut Masih Boleh Dipakai Atau Tidak?

Ini pula adalah langkah-langkah yang kita perlu tahu untuk menentukan sama ada minyak hitam atau minyak gearbox yang terdapat pada kenderaan kita masih boleh dipakai atau tidak.

  • Untuk Minyak Hitam

Langkahnya mudah sahaja iaitu anda hanya perlu mengambil tisu, calitkan pada jarum minyak tadi dan lihat.

Jika minyak dalam berwarna coklat dan teskturnya masih likat, ia bermaksud minyak tersebut masih boleh digunakan.

  • Untuk Minyak Gearbox

Untuk minyak gearbox pula, langkahnya juga sama dengan calitkan jarum minyak pada tisu dan lihat.

Sekiranya ia berwarna kemerahan, minyak tersebut boleh digunakan. Sebaliknya minyak tersebut telah bertukar warna hitam, ia perlu ditukar dengan segera.

Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox

Kredit Sumber: @pakwee_oe

Diharapkan dengan perkongsian Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox ini dapat menjadikan pengguna kenderaan di luar sana lebih peka dan bijak berkenaan penjagaan minyak kenderaan masing-masing.

Semoga perkongsian Cara Memeriksa Minyak Hitam Dan Minyak Gearbox ini memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More