Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Menaip Teks Pada PDF Melalui Adobe

Pernahkah anda tukar Words kepada PDF tetapi tiba – tiba ada ayat yang tersalah. Seperti kita tahu, dokumen dalam format PDF tidak boleh disunting atau diedit, ianya sangat stresskan hidup kita terutamanya apabila kita ingin mengisi borang-borang secara online. Haa takpe sebab kali ini kami akan kongsikan panduan kepada anda semua tentang cara menaip pada dokumen format PDF.

Jom kita tengok dan ikuti cara ini melalui ADOBE ACROBAT READER, nanti tak perlu nak stress sangat dah….

Cara Menaip Teks Pada PDF Dalam ADOBE READER

Anda boleh ikuti Cara Menaip Teks Pada PDF yang kami sediakan ini:

  1. Muat Turun Adobe Acrobat Reader
  2. Buka Fail Dokumen PDF anda.
  3. Pilih dan buka dahulu dokumen format PDF anda yang ingin diisi atau ditambah teks (seperti biasa anda membuka fail dokumen)
  4. Kemudian, klik pada butang Tools (rujuk gambar bulatan hijau di bahagian atas).
  5. Seterusnya, anda perlu memilih kategori “Fill & Sign” seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Kemudian klik “Open“. 
  6. Apabila paparan kedua keluar, anda klik butang berwarna biru “Fill and sign
  7. Apabila paparan (gambar di atas) keluar, klik pada bahagian “Add Text” (seperti yang ditunjukkan dalam bulatan hijau)
  8. Selanjutnya gerakkan kotak “Add Text” pada tempat atau posisi dimana anda ingin menambah teks
  9. Anda perlu tunggu sehingga kursor teks muncul, kemudian tambahkan tulisan
  10. Klik pada butang “Save
  11. Anda simpan nama fail mengikut kehendak anda, pastikan anda simpan dalam format “Adobe PDF Files (pdf)”
  12. Kemudian, klik “Save“.
  13. Setelah selesai menambah tulisan, anda sudah boleh mencetak dokumen tersebut seperti biasa.

Cara Menaip Teks Pada PDFCara Menaip Teks Pada PDF

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda.

teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More