Sumber Rujukan Globalisasi Anda

i-Citra KWSP Permohonan Online Dan Semakan Status

i-Citra KWSP Permohonan Online dan semakan status telah dibuka pada 12 Julai yang lalu. i-Citra KWSP adalah antara bantuan yang telah diumumkan dalam pakej PEMULIH baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Permohonan terbaru ini bakal membantu pencarum KWSP mengeluarkan sejumlah wang dari akaun simpanan mereka.

Kemudahan ini adalah bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami percaya, masih ramai yang masih belum jelas tentang cara permohonan i-Citra, syarat-syarat kelayakan dan info-info lain berkaitan i-Citra. Mari sama-sama kita fahami dengan lebih jelas tentang i-Citra ini.

i-Citra KWSP Permohonan Online

Isi Kandungan

Apa Itu  i-Citra?

  • i-Citra adalah pengeluaran baru yang diperkenalkan bagi meringankan bebanan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP
  • Di samping itu, ia dapat memenuhi keperluan asas pencarum, demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

Siapa Layak Memohon?

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, dan haruslah;
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

i-Citra KWSP Permohonan

Berapakah Amaun Pengeluaran Yang Boleh Dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran maksimum RM5,000 (bergantung pada baki semasa).
  2. Bayaran RM1,000 sebulan akan diagihkan atau tertakluk juga kepada jumlah baki simpanan.
  3. Bayaran akan dibuat secara bulanan sehingga 5 bulan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50.
  5. Baki akaun haruslah sekurang-kurangnya RM100 (dalam Akaun 1)
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Bilakah Permohonan I-Citra Dibuka?

Anda boleh membuat permohonan bermula 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.i-Citra KWSP Permohonan

Cara Permohonan i-Citra KWSP

Nota penting untuk permohon i-Citra:

  1. Permohonan ini hanya boleh dihantar sekali sahaja
  2. Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran
  3. Pastikan anda memilih amaun mengikut keperluan anda. Sebarang pindaan pada amaun tidak dibenarkan selepas permohonan dihantar
  4. Anggota perkhidmatan awam yang memohon i-Citra berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan

Anda boleh rujuk video dibawah sebagai panduan untuk memohon.

Bilakah Bayaran I-Citra Mula Dibuat?

  • Bayaran pertama bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai akan dikreditkan bermula Ogos 2021.

i-citra kwspBolehkah Ahli KWSP Memohon i-Citra Sekiranya Telah Memohon i-Lestari Dan i-Sinar?

  • Pemohon i-Lestari dan i-Sinar boleh memohon, akan tetapi tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan diatas.

i-citra kwsp Bagaimanakah Cara Menyemak Jumlah Simpanan KWSP?

Semakan jumlah simpanan boleh dibuat melalui:

  1. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  2. i-Akaun (Ahli)
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Dimana Tempat Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Pengeluaran i-Citra?

  1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
  3. Media sosial rasmi KWSP

Wajarkah Pelaksanaan i-Citra dan Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank?

Sejujurnya, i-Citra KWSP ini amatlah wajar kerana setelah pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19 ini, ia telah  memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini.

Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More