Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM (Mulai 14 Jun 2021)

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, keputusan SPM telah diumumkan dan boleh disemak melalui 2 cara mulai 10 Jun 2021.

2 Cara Muat Turun Slip Keputusan yang boleh dibuat iaitu melalui semakan online di laman web myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my atau SMS dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Bagi mendapatkan slip keputusan SPM yang penuh, calon hanya boleh memuat turun secara online mulai 14 Jun 2021.

Baca Juga: Semakan Keputusan SPM 2020 Online/SMS Mulai 10 Jun 2021

Isi Kandungan

Cara Muat Turun Slip Keputusan Penuh SPM 2021

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM Penuh / Rasmi untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip inilah yang akan digunakan untuk calon lepasan SPM untuk membuat permohonan biasiswa, menghadiri temuduga dan sebagainya sementara belum mendapatkan Sijil SPM yang akan dihantar oleh pihak sekolah. Jadi, penting untuk anda ambil maklum dan muat turun slip ini untuk kegunaan tersebut nanti.
Slip Keputusan Penuh boleh dimuat turun di:

myresult3.moe.gov.my

Tarikh Muat Turun Slip Keputusan Rasmi (Penuh)

Tarikh bagi Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021.

semakan keputusan spm 2020

Sijil SPM juga akan mula diedar berperingkat pada 10 Julai.

Nota

Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran melalui pos ke rumah kepada calon.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More