Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju Hanya Perlu Tukar Benda Ini Sahaja!

Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju hanya tukar benda ini sahaja! Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda negara kita ketika ini sangat merisaukan terutamanya bagi mereka yang memiliki anak kecil.

Dalam keadaan cuaca sebegini walaupun berada di dalam rumah masih boleh terasa bahang panas dari luar.

Yang lagi parah apabila waktu genting macam ini kipas rumah pula boleh buat hal. Sudah buka sampai kelajuan paling tinggi pun tapi kipas masih bergerak perlahan dan tak terasa angin.

Nak beli kipas baru takut mahal pula dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni. Jangan risau, anda boleh cuba cara ini terlebih dahulu untuk lajukan semula pusingan kipas siling anda.

Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju

Mari kita ikuti perkongsian daripada seorang lelaki di TikTok @sayazuhri berkenaan Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju hanya dengan tukar benda yang dikongsikan pada artikel ini.

Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju

Menurut lelaki itu, perkara yang paling penting anda perlu ada ialah kipas kapasitor bersaiz 1.8us atau 2.5 us.

Kapasitor ini anda boleh dapat di mana-mana kedai ‘hardware’ yang berdekatan dengan rumah anda.

Mula-mula anda perlu gunakan tangga untuk melihat kipas siling anda sebelum membuka penutup bahagian enjin kipas tersebut. Dekat sini anda akan lihat lokasi sambungan kapasitor tersebut.

Langkah seterusnya adalah anda perlu potong wayar pada kapasitor lama tadi untuk mengantikannya dengan kapasitor baharu yang sudah dibeli.

Untuk lebih senang, sewaktu beli kapasitor baru tadi anda terus minta kapasitor yang siap dengan sambungan wayar warna merah dan hitam.

Kemudian langkah terakhir anda hanya perlu sambungkan semula wayar kapasitor yang baru tadi dengan sambungan pada bahagian kipas siling tersebut.

Sekarang kipas siling rumah anda sudah boleh berpusing dengan lebih laju tanpa mengeluarkan wang lebih untuk membeli kipas baru.

Selepas ini tak perlulah buka kipas sampai kelajuan paling tinggi lagi.

Diharapkan dengan perkongsian tentang Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju pada kali ini dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu berbelanja lebih dan membazir.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More