Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini

Cara pakai tudung bawal menjadi salah satu topik yang menarik pada saat ini, hijab tidak hanya merupakan simbolik para muslimah, tapi juga sudah menjadi salah satu keperluan fesyen. Mengapa sebenarnya tudung bawal ini dikatakan tidak lapuk dek zaman ya. Ini kerana kebiasaan fabrik kain yang digunakan adalah sangat mudah dijaga, Bercakap tentang tudung dalam artikel ini admin akan membincangkan tentang satu tudung yang agak popular di kalangan wanita yang merupakan jenis tudung bawal.

Tudung bawal kini semakin mudah untuk digayakan. Ia boleh digayakan dengan pelbagai cara  yang pastinya akan menyerlahkan keayuan si pemakai.

Tudung bawal juga mudah dibentuk kerana ukurannya yang berbentuk segi empat sama. Kebanyakan tudung bawal di pasaran adalah dari material kain-kain yang berbeza.    Selain dari mudah digayakan, tudung bawal juga antara tudung yang mampu menampilkan pelbagai gaya yang menarik.

Penggayaan tudung bawal amat universal, boleh dipakai sama ada hendak ke pejabat, menghadiri acara formal dan majlis serta berhibur di hujung minggu.

7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 1
Gaya Shawl bawal yang santai

Biasa yang kita lihat ramai wanita memilih cara pakai tudung bawal sama ada selempang ke belakang atau pin di hadapan sahaja.Bahkan ada yang tidak mahu memakai tudung bawal hanya kerana bentuk mukanya yang bulat.

Percaya tak, jika kena dengan stail dan cara pakai tudung bawal, bentuk muka yang bulat pun akan nampak cantik bila memakainya.

Disamping itu juga, pemakaian tudung bawal juga boleh diserikan bersama aksesori lain seperti brooch, kerongsang anting-anting, headband, clip brooch malah boleh juga dipakai bersama topi! Namun awas, perlulah disesuaikan cara pakai tudung bawal dengan pemakaian aksesori juga ya.

Bosan dengan gaya yang sama? Jom kita lihat antara cara pakai tudung bawal yang anda tak patut ‘missed’ sepanjang tahun ini

 

7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 2
Cara pakai tudung bawal ini akan menampakkan anda seperti memakai shawl.

Gaya 1 :

Lipat tudung bawal menjadi tiga segi dengan bahagian dalam sedikit pendek dan bahagian luar sedikit panjang. Letakkan di atas kepala. Pinkan di bahagian leher. Pastikan tudung belah kanan lebih singkat berbanding belah kiri. Bahagian kiri yang labuh ditarik ke depan dan dililit ke atas kepala dan dipinkan di bahagian telinga kiri. Untuk lebih kemas, pinkan tudung di kiri dan kanan bahu anda.

 

7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 3
Juga gaya seperti anda memakai shawl. Namun lebih sesuai jika anda menggunakan tudung bawal dari material chiffon.

Gaya 2:

Tudung bawal diletak di atas kepala dengan sebelah bahagian labuh dan sebelah bahagian lagi pendek. Bahagian yang pendek ditarik ke sebelah kiri dan dipinkan pada telinga. Lebihannya ditarik ke belakang dan diselit ke dalam baju. Bahagian yang panjang ditarik ke sebelah kanan dan dipinkan. Kemaskan tudung di bahagian muka dan bahagian hadapan.

 

Bagi panduan tutorial tudung bawal secara bergambar juga disertakan disini. boleh rujuk gambar yang disediakan ya.

7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 4
cara pakai tudung bawal yang lebih labuh dibahagian dada hadapan
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 5
Cara pakai tudung bawal crown
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 6
Cara pakai tudung bawal ala shawl labuh
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 7
Cara pakai tudung bawal lilit
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 8
cara pakai bawal shawl selempang
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 9
cara pakai bawal loose
7 Cara Pakai Tudung Bawal Simple Tapi Cantik Yang Terkini 10
cara pakai bawal satin

Antara gaya termudah dan simple untuk memakai tudung bawal adalah dengan melipat dua tudung bawal itu.

Bahagian dalam hanya ¼ daripada bahagian luar. Tudung akan menjadi bentuk segi tiga, kecil di bahagian dalam dan besar di bahagian luar. Pastikan si pemakai memilih inner yang bersesuaian agar tudung tidak meluncur.

Pinkan tudung bawal di bahagian leher untuk mendapatkan kemasan yang elok.

Bentukkan bahagian awning sekemasnya dan lipat sedikit tudung di bahagian bawah pipi untuk mendapatkan bentuk awning yang kemas.

Pastikan bahagian hadapan tudung mempunyai mempunyai satu bahagian yang pendek dan satu bahagian yang panjang. Ini adalah untuk memudahkan penggayaan tudung bawal ini.

Untuk memastikan tudung kelihatan kemas dan terletak cantik, pinkan bahagian bahu untuk bahagian tudung yang labuh tadi.

Tarik sedikit demi sedikit untuk memastikan tudung kelihatan kemas selepas di pin.

Ini untuk memastikan tudung tetap kemas dan tidak menghalang pergerakan si pemakai tadi.

Tarik bahagian tudung yang lebih panjang dan tarik ke belakang, dan lilitkan sehingga bertemu di bahagian sanggul.

Pinkan hujung tudung yang bertemu bahagian sanggul tersebut.

Pastikan bahagian tudung yang menutupi bahagian hadapan di susun kemas mengikut keselesaan si pemakai.

Pemakai boleh memilih untuk melabuhkan atau menyingkatkan bahagian hadapan tudung bawal ini.

Bahagian tudung yang pendek tadi, cuma perlu ditarik dan dikemaskan sahaja.

Kerana bahagian itu akan menampakkan kelainan pada bahagian hadapan tudung di pemakai.

Pemakai tudung bawal perlu cuba mengerakkan kepala ke kiri dan kanan untuk memastikan tudung bawal yang digayakan tidak menghalang pergerakan dan memberikan keselesaan maksima.

Satu hal yang penting juga adalah sesuaikan warna hijab dengan jenis baju yang digunakan, sebagai contoh menggayakannya jangan sampai merasa tidak selesa dek kerana salah memilih warna. Ingat, selain nampak bergaya, keselesaan adalah perkara yang paling penting! Itulah beberapa tutorial hijab sederhana namun tetap sesuai cantik dan manis digayakan. Anda juga boleh usyar cara mira filzah ikat tudung die di sini.

Penutup

Semoga cara pakai tudung bawal dalam artikel ini dapat membantu anda diluar sana mempelbagaikan gaya berhijab anda.

 

Link berkaitan : Cara hilangkan Jerawat yang berkesan dan semulajadi Tips Mata Sihat Cantik Bersinar

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More