Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Print Out Terus Daripada Handphone Anda!

Isi Kandungan

Cara Print Out Terus Daripada Handphone Anda! Tanpa guna Laptop.

Semenjak tempoh PKP Fasa 1  dilanjutkan sehingga Fasa 3 kini, anak-anak mula belajar di rumah dan ada yang kena buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgu, agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Kelas Online namanya.

Namun yang menjadi sedikit kesukaran buat mak ayah apabila, perlu mencetak kerja-kerja sekolah tersebut yang kebanyakannya dihantar menerusi aplikasi whatsapp ataupun telegram. Kerja-kerja sekolah tersebut memang boleh disalin, namun agak banyak dan lebih menjimatkan masa, jika terus di ‘print’ .

Sehinggakan ada juga ibubapa yang sanggup membeli printer dan laptop semata-mata mahu memudahkan proses percetakan tersebut.

Namun Menerusi perkongsian Fizie JoeKer, ada cara yang menjimatkan untuk mencetak kerja sekolah anak tak perlu guna laptop mahupun beli printer mahal.

“Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu.”
 
“Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya.”
Ok mula-mula kena ada 3 benda alah ni.

✅Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)

Cara Print Out Terus Daripada Handphone Anda! 1

✅ Cable OTG (Boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)

Cara Print Out Terus Daripada Handphone Anda! 2

✅ Apps PrinterShare Mobile Print (Kena download kat hp sendiri, cari kat dalam playstore)

Cara Print Out Terus Daripada Handphone Anda! 3

Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siaapppp!!!

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More