Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Tahun 2023

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online akan dikuatkuasakan sepenuhnya tidak lama lagi. Kini anda boleh renew lesen memandu tanpa perlu keluar rumah dan beratur panjang menunggu giliran untuk sebarang urusan memperbaharui lesen di kaunter JPJ atau Pejabat POS.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat mengikut perkembangan dunia, hampir semua perkara sudah boleh dilakukan di hujung jari sahaja dan perkara ini termasuklah dalam melakukan pembaharuan lesen. Jom ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui Cara Renew Lesen Memandu Secara Online dengan mudah dan cepat.

Isi Kandungan

Cara Mendaftar MyJPJ

Anda perlu memuat turun aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk mendaftar di aplikasi MyJPJ. Selepas anda membuat pendaftaran di aplikasi MyJPJ, anda boleh renew lesen memandu dan roadtax anda secara atas talian.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Anda boleh mengikuti langkah-langkah dan Cara Renew Lesen Memandu Secara Online berikut satu per satu untuk memperbaharui lesen memandu yang hanya di hujung jari dan tidak perlu hadir ke Pejabat JPJ.

  • Layari laman web mySIKAP JPJ di pautan berikut

>>>mySIKAP JPJ<<<

  • Kemudian masukkan semua elemen-elemen berikut
  1. Pilih Individu atau Syarikat
  2. ID Pengguna (masukkan nombor IC)
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Kod Sekuriti
  5. Tekan Log Masuk

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

  • Seterusnya, anda pergi ke menu utama dan klik pada bahagian ‘Lesen Memandu’.
  • Kemudian pilih menu seterusnya iaitu ‘Pembaharuan Lesen Memandu’.
  • Kemudian anda akan dibawa kepada laman Carian, setelah itu ada perlu pilih
  1. Jenis Lesen; dan
  2. Tempoh yang anda mahukan untuk renew lesen memandu tersebut (minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun).
  • Setelah itu klik butang ‘Cari’.
  • Kemudian paparan maklumat lesen berserta jumlah bayaran akan dipaparkan. Harga RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.
  • Dekat sini juga akan ada pilihan ‘Gambar’. Pengguna boleh menukar gambar sedia ada tetapi perlu hadir ke Pejabat JPJ berdekatan untuk mengambil gambar yang ditukar.
  • Kemudian pilih kaedah pembayaran. Pengguna boleh menggunakan Kad Kredit atau FPX iaitu online banking dan kemudian klik ‘Bayar’. Pastikan anda ‘disable popup blocker’.
  • Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySIKAP dan akan keluar notis ‘sila ambil lesen anda di JPJ’. Anda juga boleh mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang ‘Cetak Lesen Memandu e-LM’.
  • Untuk dapatkan lesen digital, buka aplikasi MyJPJ > Profil > klik butang ‘Jana Semula’.
  • Jadi itulah Cara Renew Lesen Memandu Secara Online yang anda boleh ikuti dengan mudah dan cepat hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu hadir ke Pejabat JPJ.

Inisiatif Baharu

Beberapa bulan yang lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif baharu daripada pihak kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat iaitu berkenaan pembaharuan lesen selama 10 tahun.

Inisiatif tersebut hanya boleh diperoleh jika anda menggunakan laman web mySIKAP atau terus ke kaunter JPJ untuk melakukan pembaharuan lesen.

Kerajaan telah melakukan perkara ini dengan kadar FI pembaharuan istimewa iaitu dengan diskaun 10% bagi tempoh 10 tahun, menjadikan harga yang perlu anda bayar bagi pembaharuan lesen tersebut adalah sebanyak RM270 sahaja.

Selain itu, kerajaan juga akan membenarkan pembaharuan lesen memandu yang tempoh sah lakunya telah tamat tempoh mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja, dan perkara ini berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Inisiatif tersebut diambil oleh pihak kerajaan kerana memikirkan pemandu-pemandu yang terlepas peluang untuk memperbaharui lesen mereka di sebabkan wabak Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini.

Diharapkan dengan inisiatif yang di ambil kerajaan ini, ia dapat membantu dalam meringankan beban masyarakat di Malaysia.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Cara Renew Lesen Memandu Secara Online, anda boleh terus menghubungi JPJ di talian 03-8000 8000 atau boleh layari laman rasmi JPJ untuk maklumat tambahan.

Semoga perkongsian tentang Cara Renew Lesen Memandu Secara Online ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More