Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Scammer Secara Online

CARA CHECK SCAMMER ONLINE

Penipuan atau scammer ketika ini semakin berleluasa tanpa mengira situasi dan sudah tidak asing lagi. Malah penipuan melalui telefon juga semakin menjadi-jadi apabila bilangan mangsa meningkat setiap hari.

Peniaga online yang menipu pembeli atau scammer online seringkali menjadi igauan ketika penguna ingin membuat pembelian online. Tidak kiralah di Facebook, instagram atau pun laman web jualan online seperti mudah.my atau lazada, sudah pasti ada penipu online sebegini. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui atau menyemak sama ada penjual yang anda sedang berurusan itu bukanlah  scammer?

Penulis sendiri pernah tertipu oleh scammer. Huhu…sakit hati bila mengenangkan tragedi ditipu setahun yang lalu. Nilai RM800 yang ditipu  itu memang menyakitkan hati. Lupakan kisah sedih. Penulis ingin kongsikan Cara Semak Scammer  Secara Online , panduan lengkap untuk menyelamatkan anda dari terjatuh ke perangkap scammers ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam.
Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.

SEMAK SCAMMER SECARA ONLINE

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan scammer ini menggunakan laman web yang disediakan oleh PDRM:

LANGKAH 1:

 Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Pilih bahasa yang ditawarkan dan Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu

LANGKAH 2:

Masukkan No. Akaun Bank suspek penipuan di ruangan yang disediakan dan juga kod Captcha lalu tekan Semak Maklumat.

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan nombor telefon suspek yang dianggap cuba melakukan penipuan dengan memilih kategori ‘Nombor Telefon’

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

LANGKAH 3:

Setelah itu, paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit ataupun tidak.

Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan.

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laman web yang mencurigakan.

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA DITIPU

Sekiranya nombor akaun/nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan dan pengguna telah pun melakukan transaksi kewangan dengan mereka,

JANGAN PANIK dan ikuti langkah tindakan yang perlu diambil antaranya:

  1. Membuat Laporan Polis dengan menyertakan bukti seperti resit transaksi dan sebagainya
  2. Sekiranya melibatkan jumlah kewangan yang besar, hubungi penasihat kewangan dan dapatkan bantuan nasihat daripada mereka
  3. Maklumkan kepada orang ramai agar tidak berlaku kejadian yang sama kepada orang lain

MAKLUMAT PENTING!!

Selain membuat semakan di laman CCID yang disediakan pihak PDRM, terdapat beberapa cara yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengenalpasti skim sindiket penipuan iaitu:

  1. Sekiranya melayari sesebuah laman web, lihat dan pastikan sama ada ianya lengkap, meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak
  2. Baca komen atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain
  3. Sekiranya berurusan secara langsung, lihat dan kenalpasti gambar profil yang digunakan di Facebook/Whatsapp adakah gambar betul atau palsu
  4. Pengguna boleh mencari nombor telefon/nombor akaun suspek di laman web seperti Facebook dan Google untuk melihat sama ada pernah atau tidak orang lain terlibat dalam situasi sama
  5. Buat perbandingan harga barang/servis di platform lain, sekiranya didapati jauh berbeza iaitu terlalu murah maka pengguna harus berhati-hati
  6.  Anda digalakkan untuk bertemu penjual tersebut atau secara COD sekiranya membuat transaksi melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut Cara Semak Scammer Secara Online

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Skim Penipuan Secara Online, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

Kesimpulan Cara Semak Scammer  Secara Online

Penulis ingin nasihatkan juga agar anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa juga aktiviti online yang melibatkan transaksi wang. Sekiranya laman web atau peniaga itu nampak mencurigakan, segeralah membuat semakan di laman web CCID.

Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

Semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada semua.
SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More