Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Langkah Mudah & Cara Set Child Reminder

Cara Set Child Reminder ini sangat penting buat ibu bapa yang sentiasa membawa anak kecil dan diletakkan di tempat duduk belakang.

Malang memang tidak berbau dan tragedi boleh berlaku tanpa kita sedar. Kejadian tidak diingini seperti anak tertinggal dalam kereta bukanlah satu perkara yang diinginkan oleh mana-mana ibu bapa.

Justeru, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh mereka yang bergerak ke mana-mana membawa anak dan diletakkan pada tempat duduk belakang.

Antaranya memanfaatkan teknologi, misalnya yang terdapat pada aplikasi navigasi seperti Waze.

Takut anak tertinggal dalam kereta? Di bawah admin kongsikan Cara Set Child Reminder pada Waze. Semoga bermanfaat!

Isi Kandungan

Cara Set Child Reminder

Baru-baru ini, Media Selangor telah berkongsi cara untuk menetapkan tetapan ‘Child Reminder’ pada aplikasi Waze.

Fungsi ini membolehkan ibu bapa mendapatkan notifikasi khas apabila tiba di sesuatu destinasi dengan bantuan navigasi Waze.

Langkah 1: Buka Settings Pada Aplikasi Waze

Pertama sekali, anda perlu menekan butang Menu (button 3 garis yang terletak pada bahagian kiri atas) pada paparan peta Waze.

Dalam banyak pilihan di Menu, pilih Settings dan tatal skrin sehingga anda ternampak pilihan ‘Reminder‘.

Cara Set Child Reminder

Cara Set Child Reminder

Langkah 2: Settings Pada Child Reminder

Sebaik sahaja menjumpai pilihan tersebut, klik pada Reminder dan kemudian, Waze akan menunjukkan status pengaktifan ‘Child Reminder‘ pada peranti anda.

Kebiasaannya, jika anda tidak pernah mengaktifkan peringatan ini, ‘Child Reminder‘ akan berada dalam keadaan off.  

Aktifkan ‘Child Reminder‘ pada bahagian tersebut dan anda boleh menetapkan mesej custom untuk peringatan anda.

Anda boleh letakkan mesej seperti:

“Cuba periksa, ada anak tak dekat belakang “, ”Tadi ada bawak anak,” dan sebagainya.

Cara Set Child Reminder

Cara Set Child Reminder

Cara Set Child Reminder

Fungsi Child Reminder

Mesti anda tertanya-tanya, apa fungsi ‘Child Reminder‘ ini kepada pengguna Waze, kan?

Adakah peringatan ini akan memaklumkan kepada pengguna Waze lain bahawa anda sedang membawa kanak-kanak di belakang?

Jawapannya, adalah tidak.

Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, apabila tiba di destinasi yang hendak dituju, anda akan menerima satu notifikasi daripada aplikasi ini.

Notifikasi yang diberikan pula berdasarkan mesej yang anda tetapkan pada tetapan ‘Child Reminder‘ itu tadi.

Dengan ini anda diharapkan tidak akan terlupa bahawa anda sedang membawa anak kecil di belakang dan ia sekaligus dapat mengelak kejadian tidak diigini seperti tertinggal bayi di dalam kenderaan berlaku.

Kredit Sumber: Media Selangor

Harapan Penulis

Semoga perkongsian tentang Cara Set Child Reminder ini memberi sedikit pendedahan dan bermanfaat kepada anda semua.

Selain info teknologi tentang Cara Set Child Reminder ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More