Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Langkah Mudah & Cara Set Legacy Contact

Ini Cara Set Legacy Contact semudah ABC bagi semua pengguna iPhone! Waris juga dapat aksess akaun kita jika kita meninggal dunia.

Untuk akses akaun iPhone milik pengguna yang sudah meninggal dunia, anda perlu ditetapkan sebagai legacy contact.

Justeru, bagaimana nak tetapkan? Ayuh, ikuti perkongsian di bawah.

Isi Kandungan

Cara Set Legacy Contact

Seorang pengguna X, Nazri Ishak (@techsupremo) telah berkongsi cara untuk mengakses akaun iPhone milik pengguna yang sudah meninggal dunia.

Beliau berkongsi cara tersebut selepas diajukan satu persoalan oleh seorang waris berhubung data di dalam telefon bimbit ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia.

“Ada orang contact aku tanya macam mana nak unlock phone ahli keluarga dia yang baru meninggal. Aku tanya, arwah ada setup legacy contact tak, jawabnya tidak. Bila tak ada setup legacy contact ini, Apple pun tak boleh tolong kecuali dengan perintah mahkamah.” katanya.

Oleh itu, Nazri berkongsi Cara Set Legacy Contact kepada pengguna iPhone di luar sana agar akaun telefon pintar dapat diakses oleh waris jika berlaku kematian kepada pemilik telefon.

Langkah 1: Buka Settings Pada iPhone Anda

Pertama sekali, pergi ke bahagian Settings, kemudian tekan pada nama anda.

Cara Set Legacy Contact

Langkah 2: Settings Pada Legacy Contact

Seterusnya, tekan pada Password & Security dan pilih Legacy Contact. Kemudian, tekan pada Add Legacy Contact. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan sama ada, menggunakan Face ID, Touch ID ataupun kata laluan peranti. Selesai.

Cara Set Legacy Contact

Cara Set Legacy Contact

Cara Set Legacy Contact

Kata Nazri, pengguna yang ditetapkan sebagai legacy contact boleh meminta akses dari Apple untuk memuat turun data daripada akaun si mati.

Dengan ini, mereka boleh mengakses fail-fail seperti gambar-gambar dan video lama serta menutup akaun media sosial si mati.

Kredit Sumber: @techsupremo

Harapan Penulis

Semoga perkongsian tentang Cara Set Legacy Contact ini memberi sedikit pendedahan dan bermanfaat kepada anda semua.

Selain info teknologi tentang Cara Set Legacy Contact ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More