CIMB : Encik “sotong” buat hal lagi?
CIMB merupakan antara bank yang paling popular pada hari ini. Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai tweet yang tersebar di media sosial berkenaan ramai pengguna perbankan online CIMB dicaj di akaun bank mereka secara ‘direct debit’.
Isi Kandungan
CIMB – Encik “sotong” buat hal lagi?
Sebelum ini pengguna pernah terkena juga akaun mereka digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga semua pengguna perlu menukar password. Adakah keselamatan perbankan online CIMB terlalu rapuh?
Hari ini ramai pengguna telah menyemak perbankan mereka, ramai yang dicaj secara ‘direct debit’ sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Ramai pengguna cuba menghubungi pihak CIMB tetapi gagal. Ini berpunca CIMB sedang membuat proses pembersihan di “call centre” akibat wabak covid-19.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh CIMB
Pihak CIMB telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan semua yang dicaj secara direct debit tu adalah bukan digodam oleh penjeyah tetapi adalah transaksi yang sah.
Ini hantaran di media sosial Facebook milik CIMB Malaysia,
“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.
Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.
Mohon maaf dari pihak CIMB
Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.
Kesimpulannya, masalah ini bukan disebabkan keselamatan perbankan CIMB yang rapuh atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi disebabkan langganan pengguna itu sendiri. Mungkin kita ada terlupa telah bersetuju membuat pemotongan secara ‘direct debit’ kepada sesuatu transaksi seperti membayar bil coway,cuckoo, netflix, spotify atau sebagainya. Mungkin ada yang terlupa langanan itu akan diperbaharui pada setiap bulan. Perlu di ingatkan hanya bank-bank yang membuat penangguhan bayaran tetapi langganan lain ada yang tidak membenarkan penangguhan.
Oleh itu, Semaklah dahulu sebelum melatah di media sosial dalam apa jua termasuklah berkenaan dengan sistem perbankan seperti CIMB.
Boleh kongsikan berkenaan cara daftar akaun CIMB dengan lebih selamat?
Untuk lebih selamat, jom kita baca artikel Cara Buka Akaun CIMB Click, Daftar dan Aktifkan Online Banking dan pastikan semua data pribadi kita tidah terdedah kepada pihak luar secara umum.