Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID-19: Kadar Kesembuhan Tinggi, Kematian Rendah

Malaysia berjaya mengimbangi kes positif jangkitan koronavirus (Covid-19) dan pesakit yang sedang dirawat di hospital dengan kadar kesembuhan jangkitan koronavirus (Covid-19) lebih tinggi berbanding ketika gelombang pertama dan kedua pandemik itu.

Ribuan yang sembuh dari Covid-19 tapi apa ubat yang diberi untuk sembuhkan mereka? Tentu anda nak tahu kan? Dan kenapa ramai orang sudah boleh keluar wad selepas 14 hari?

COVID-19: Kadar Kesembuhan Tinggi, Kematian Rendah 1
Menteri kesihatan Malaysia

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada usaha kerajaan yang menggunakan pelbagai langkah kesihatan awam dalam menangani pandemik dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Walaupun kita (rakyat) dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan, mengimplimentasikan segala penguatkuasaan dan norma baharu menjadi mandatori, perlu diingatkan bahawa setakat ini masih tiada ubat khusus untuk merawat Covid-19.

“Yang ada hanya rawatan yang berpatutan untuk kadar kesembuhan yang tinggi,” katanya mengulas situasi semasa Covid-19 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan oleh RTM menerusi TV1 pagi tadi.

covid 19

Katanya, setakat semalam, kadar kesembuhan dan discaj mencatatkan 73.4 peratus daripada keseluruhan 48,520 jumlah kes positif, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 12,601 kes. –Sinar Harian.

Manakala bagi data kematian yang melibatkan penyakit korona 19, memetik dari sumber Bernama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata kadar itu jelas lebih rendah berbanding Amerika Syarikat yang merekodkan 741 kematian bagi sejuta penduduk, United Kingdom (732), Indonesia (54) dan Filipina (70).

Jumlah itu katanya, adalah berdasarkan data antarabangsa Worldometer.info yang mengukur kematian bagi setiap sejuta penduduk.

COVID-19: Kadar Kesembuhan Tinggi, Kematian Rendah 2
Data kes covid-17 di Malaysia mengikut hari

Rohaizat berkata, analisis menunjukkan kematian akibat jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia kebanyakannya membabitkan pesakit berusia 50 tahun ke atas iaitu sebanyak 85.4 peratus.

“Lain-lain faktor utama yang turut menyumbang kepada kematian pesakit COVID-19 ialah bilangan komorbiditi yang dihidapi seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan penyakit jantung serta jangka masa pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

“Pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kesan positif, yang mana kadar kematian yang direkodkan setakat ini di Malaysia ialah 0.6 peratus masih rendah berbanding rekod kematian di negara lain,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook KKM.

Jadi apakah sebenarnya yang menjadi penawar kepada penyakit korona virus yang sangat ditakuti ini walaupun kadar kesembuhan adalah tinggi jika dilihat pada statistik? Jadi mari kita dengarkan pengalaman dari seorang seorang wartawan pencerita pesakit kes ke- 12533 yang pernah dimasukkan ke wad isolasi kerana korona virus ini.

PENUTUP

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa mengambil iktibar dari pengajaran ini dan mengawasi setiap perilaku kita untuk membendung penyakit ini daripada berjangkit serta bersama menguatkan sistem imuniti badan kita.

Artikel berkaitan : 5 Cara Kempiskan Perut Yang Senang dan Pasti Berkesan 5 Cara Putihkan Gigi Secara Semulajadi, Jimat & Selamat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More