Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID-19: Perokok berisiko mendapat komplikasi lebih teruk

Risiko Tinggi Bagi Perokok

risiko

Golongan perokok didapati mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk, berbanding bukan perokok jika positif COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, dalam satu kajian membabitkan 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di semua hospital bermula 1 Februari hingga 31 Mei tahun lalu, mendapati perokok hampir dua kali ganda mendapat komplikasi berbanding bukan perokok.

Katanya, antara komplikasi berlaku dalam kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah mengalami kerosakan hati, buah pinggang dan sindrom pernafasan akut.

“Penemuan ini selari dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Jun 2020 dan kajian di beberapa negara lain.

“Kajian KKM ini dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM),” ciap di Twitter KKM hari ini.

Sehubungan itu, KKM dengan kerjasama swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menambahbaik perkhidmatan berhenti merokok atas talian sedia ada.

“Terbaru, laman sesawang jomquit.com diperkukuhkan untuk memudahkan proses pendaftaran serta kebolehcapaian perkhidmatan rawatan berhenti merokok secara dalam talian.

“Melalui laman sesawang ini, perokok boleh mendapatkan rawatan berhenti merokok di hujung jari bermula proses pendaftaran, kaunseling perubahan tingkah laku sehingga mereka berjaya berhenti merokok,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: 6 Talian Hotline Bagi Kanak Kanak Yang Beremosi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More