Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Covid-19: Varian South African mula dikesan di Kelantan

varian south african

Varian South African B.1.351 dikesan mulai ‘bertapak’ di negeri ini pada Ahad apabila sebanyak 10 kes direkodkan.

Varian tersebut dikesan dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat dan mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima, Selangor.

Perkhabaran ‘mengejutkan’ itu dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi entri laman sosial rasmi agensi berkenaan.

Menerusi entri itu, JKNK Kelantan turut mendedahkan varian itu turut dikesan di negeri Perak.

“Selain itu terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 varian South African B.1.351 ialah sebanyak 48 kes,” katanya.

Varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu Afrika Selatan dan United Kingdom.

Sementara di Malaysia ia mula dikenal pasti pada Mac lalu.

Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Khas Ramadhan | Hukum Cucuk Vaksin Covid-19 Pada Bulan Ramadhan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More