Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuba Cara Ini Jika Status Permohonan BPN Anda Gagal Atau Amaun Kurang Dari Kelayakan Tahun 2020

Permohonan BPN : Perdana Menteri telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu,

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban setiap rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Permohonan BPN

Kategori mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN adalah seperti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah – Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
  2. Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 – Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
  3. Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah – Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
  4. Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 – Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.

Kesemua pembayaran BPN akan dibuat pada dua fasa iaitu akhir bulan April dan Mei 2020.

Seperti sebelum ini, kerajaan hanya memberikan bantuan bagi golongan B40 sahaja, tetapi untuk BPN,  golongan M40 juga  turut akan menerima insentif tersebut.

Permohonan BPN telah dibuka pada 1 April lalu.

Manakala,  individu yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga pembayar cukai sedia ada tidak perlu memohon atau mengemukakan sebarang permohonan baru. 

Pada 6 April pembayaran fasa pertama telah dibuat.

Mungkin ada dalam kalangan individu yang telah mendapati status permohonan mereka tidak lulus, tidak layak, gagal ataupun menerima jumlah yang kurang berbanding kelayakan.

Ini adalah cara yang anda boleh cuba lakukan seperti perkongsian seorang pengguna Twitter  :-

Cuba Cara Ini Jika Status Permohonan BPN Anda Gagal Atau Amaun Kurang Dari Kelayakan Tahun 2020 1

Permohonan BPN
Permohonan BPN

3. Sekiranya anda mahu BPN ini sprti klayakan yg anda mahukan iaitu RM1600, sila hubungi center lhdn di no 1 800 882 747 atau 03-8891 1000 spaya mereka dpt mmbantu anda.
— Cek ifa (@Cek_Ifa) April 4, 2020

4. Rayuan BPN hanya boleh dilakukan kpada anda yg tidak llus permohonan dan sekiranya layak, permohonan anda akn diluluskan. Insyallah.

— Cek ifa (@Cek_Ifa) April 4, 2020

Ifa harap info ini berguna utk anda yg mngalami masalah tidak lulus permohonan dan tidak menerima jumlah permohonan yg layak. Sila retweet utk info bersama. Semoga bermanfaat

Cuba Cara Ini Jika Status Permohonan BPN Anda Gagal Atau Amaun Kurang Dari Kelayakan Tahun 2020 2
Permohonan BPN

Jadi bagi anda yang mengalami masalah sama seperti berikut, anda bolehlah mencuba cara yang diberikan ini.  Moga cara ini sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mudah membuat rayuan.

Pada yang telah menerima BPN, rancanglah perbelanjaan anda dengan baik.  Jangan lupa patuhi arahan pihak berkuasa dan sila duduk rumah.  Anda mampu mengubahnya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More