Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CUEPACS mahu penjawat awam mengisi jawatan ketua perkhidmatan utama

CUEPACS mahu penjawat awam mengisi jawatan ketua perkhidmatan utama

Presiden CUEPACS, Adnan Mat

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)  mengesyorkan agar anggota perkhidmatan awam dilantik untuk mengisi jawatan sebagai ketua perkhidmatan utama negara seperti Peguam Negara.

CUEPACS mahu penjawat awam mengisi jawatan ketua perkhidmatan utama 1

Adnan Mat (Presiden CUEPACS) dipetik berkata bahawa anggota perkhidmatan awam yang berwibawa dalam skim perkhidmatan perundangan dan kehakiman sedia ada, mereka memiliki pengalaman luas serta ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menasihati kerajaan.

“Tambahan pula, mereka ini sentiasa mengamalkan sikap berkecuali dan neutral dalam menjalankan tugas demi rakyat dan negara,”.

CUEPACS

CUEPACS juga mahu lantikan ketua komunikasi di agensi-agensi kerajaan perlu dilihat dan dikaji semula kerana Jentera komunikasi kerajaan perlu dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai peranan serta fungsi yang menjurus kepada bidang komunikasi di agensi yang diwujudkan kerajaan.

Pelantikan ini akan memastikan mereka yang dilantik memberikan penumpuan tugas yang berkesan terhadap kepentingan kerajaan dan seharusnya kerajaan mengubah polisi lantikan daripada memilih pihak luar terutamanya dalam kalangan ahli politik. Pelantikan penjawat awam akan mewujudkan sifat menjauhi politik dan neutral terhadad dasar kerajaan yang telah dan akan diwujudkan.

CUEPACS mahu penjawat awam mengisi jawatan ketua perkhidmatan utama 2

Hal ini telah pun dibuktikan baru-baru ini disaat negara berdepan kemelut politik yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia, namun anggota perkhidmatan awam langsung tidak terjejas dan masih mampu menunjuk dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan terhadap rakyat Malaysia.

Justeru itu, mereka meletakkan setinggi-tinggi pengharapan agar kerajaan baru dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 akan memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu CUEPACS mahu penjawat awam mengisi jawatan ketua perkhidmatan utama memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More