Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Johor 2025

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Johor 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Johor bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Johor 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Johor 2025.

Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Persekutuan |
11 Februari 2025 | Selasa | Hari Thaipusam | Negeri |
2 Mac 2025 | Ahad | Awal Ramadan | Negeri |
23 Mac 2025 | Ahad | Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Julai 2025 | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Negeri |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman,
- Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!